Feed on
Posts
comments

Pantun #03

Pulau Pandan jauh ke tengah;
Gunung Daik bercabang tiga;
Kalau tuan suka berlengah;
Jangan sesekali suka memperaga.

Pantun #02

Hari Raya makan ketupat
Makan ketupat dengan rendang
Tak baik kita mengumpat-umpat
Kang aku tetak dengan parang

Berbuka puasa tanpa permit

Semalam. Tetamu lebih banyak minum air. Sudahnya, makanan tak habis. Hasil siasatan polis mendapati mereka berbuka sebelum masuk waktu Maghrib di kawasan Wilayah Persekutuan. Menurut pembantu mufti Selangor pula. Tuan imam tersyasyul membaca doa berbuka puasa. Nasib baik, kereta masing-masing ada bonnet.
Air ribena ais. Sekali hirup menyegarkan tekak. Dua kali hirup segala semut masuk ke dalam rongga ke esofagus kau.

Air ribena ais. Sekali hirup menyegarkan tekak. Dua kali hirup segala semut masuk ke dalam rongga ke esofagus kau.

  Continue Reading »

Pantun#01

Untuk kemaskini blog di sini. Saya akan berpantun dengan tema satu minggu satu pantun. Nanti friendster marah. Ha ha

Anak lebah hidup serumpun
Anak ikan mati tak makan
Salam hulur kumohon ampun
Selamat berpuasa bulan Ramadhan

Pantun motivasi
.

HIJRAH

Pengumuman!

Sejak merangkul gelaran BLOGGER TERHEBAT. Penulis blog ini telah berpindah. Harap maklum. KLIK SINI!

Semalam beli speaker, malas nak cari lagu minus one atau karaoke. Berjaya juga aku rakam suara untuk menyanyi sendiri. Dalam sehari aku siapkan video klip lagu. Dalam sehari aku jadi komposer, penyanyi, pengalun muzik, pengarah dan penerbit. Fuh… Dahsat. Mengkagumkan. kalau diberi masa lagi sempat aku buat album agaknya… Aku ada banyak idea… Tapi dia nak satu. Nak wat camne… Tetapi untuk tidak menghampakan dan menghiburkan semua. Aku bercadang mahu me’medley’kan lagu ni… Kini, terimalah….. Lagu Medley Merempit
 Warna Kerempitanku (Ikut tune Warna kehidupanku – Yusri KRU)

Merah menyala oh lampumu
Deras pantas motorku
Bercelaru oh jiwaku
Bila tak pergi jauh

Derumanku menambah kebingitanmu
Petrol naik tak ku hiraukan
Asal rempit semalaman
Sekatan tidak aku gentar
Polis tahan aku langgar

Kematianmu menjana keangkuhanku
Sekali tak ku lepaskan
Tiap ada peluang,
Ayah tak pernah bising
Pandu tak ada lesen,
Emak tak pernah kisah
Walau ku ambil dadah,
Kutagih hanya satu
Ku menang dapat hadiah si ‘Ayu’

Wheelie, superman, wikang juga
Ku buat semua gaya
Jalan sesak macam lengang
Ku pandu pandang belakang
Kelakuanku membangkit kemarahanmu   

Walau sering kau buat sekatan
Tetapi aku masih tak dapat kau tahan
Demi rempit sanggup ku melawan
Memecut bak peluru,

Tentuku dapat nombor satu
Sangat sesak laluan
Samy besarkan jalan,
Aku sangat gembira
Tanpa ingatkan nyawa,
Gelap gelita pandangan
Selepasnya pelanggaran,
Satu pasti buatku,
Cedera atau mati katak di situ…

 

Aduh Merempit (lagu ikut tune Aduh Saliha – Mawi)

 

Mana kepala ku
Hendak ku hentakkan
Keras kepalaku pada
Jalan yang rapuh
Laju sakan Karak ke Tumpat
Laju kejar tak sempat

Mana kelakian ku
Hendak ku taruhkan
Tagih selera ku
Pada kasih yang jatuh  

Jatuh bukan badan yang calar
Jatuh nyawa dan lengan
Bertahun ku sudah berjaya
Tak mungkin dalam bahaya   

Tagih ku bagai tak tahan
Kalau dilepaskan
Tika rempit di hurung lawan
Aduh merempit terbabas   

Belum lagi tersedar
Yang ku mahukan sakan
Oh hanya lah sukaSesudah bersalah barulah

Aku koma otakku tercalar

Kakiku tersedu
Oh…sakitnya 

 

 

Makan berpalang  

Hoi biarkan aku di tepi
Nahasnya kurasa
Peritnya aku berlumba
Hoi biarkan aku di tepi   

Meratapi mati hidupku dah tak berguna
Hoi biarkan aku di tepi
Merasai sakit telah terasa berlumba   

Oooohh.. Merempit.

 

 

 

_________________________

Tragedi Merempit (ikut tune Tragedi Oktober - Awie)
Tak insaf lagi aku
Walaupun dah berlaku
Celakaan menimpai diriku  

Ku mahu rempit lagi
Buruan polis misteri
Mak bapak pun dah tak peduli  

Ku mahu merempit lagi
Merempit dalam berjudi
Tragedi merempit  

( korus )
Keinsafanku hanyalah mainan wayang
Wajarkah semua salahkan diriku
Bukan sengaja aku oh berbuat begitu
Bagiku kau adalah kawanku   

Oh diriku…
Belum lagi ku cuba
Superman atas motormu   

Berilah peluang matiku
Aku sanggup berjaga
Berhibur di kala muda
Kalauku insaflah gamaknya   

Ku mahu merempit lagi
Merempit dalam berjudi
Tragedi Merempit   

ulang korus

 

Keinsafanku hanyalah mainan wayang
Wajarkah semua salahkan diriku
Bukan sengaja aku oh berbuat begitu
Bagiku kau adalah kawanku
Oh diriku…   

 

 

 

_________________________

Nyanyian Rempit (ikut tune Nyanyian Serambi – Ramli Sarip)
Keluar pagi balik malam
Adakala sampai subuh
Cari fantasi jiwa tenang
Jati diri yang melayang
Oooo. Bertaubatlah  

Jalan mana boleh saja
Aksi bagus bisa tagih
Bakat ini semulajadi
Ini hajat hati nurani
Oooo… Sedarilah  

[Bridge]
Lama kucari aksi canggih
Gaya canggih untuk kekasih
Senang senang dok Jalan Imbi
Mendendang lagu basi
Tasbih konon ada di tangan  

[Chorus]

 

Andai diriku wakil MASUM
Biar aku tersenyum
Jadi orang terulung
Biar dapat setimbun kalung
Kan ku tidak rempit pulun
Rahmat yang Maha Agung   

 

 ___________________________

 

 

 

 

 

 

c/o

 

Perjalanan pulang dari Johor Bahru, tersangkut di Senawang hingga Seremban akibat satu kemalangan. Berjam-jam juga sangkut di perjalanan. Sungguh memenatkan. Tapi, walaupun perjalanan itu memenatkan aku terhibur sepanjang berada di dalam kereta kerana ada cerita lucu dari insan tersayang.

“Ada satu kisah, pasangan ni baru berumah tangga… Makciknya telah menurunkan ilmu kepadanya iaitu jika suami bertanya pada waktu malam adakah Lapangan Terbang sudah bersedia, kapal terbang nak landing ni? Jawab ya, Lapangan dah ready…”

Malam itu, malam pertama suami bersuara, “Kapal terbang nak landing ni… Lapangan terbang dah ready ke?

Isteri menjawab “Lapangan dah ready Bang…!” Maka kedua-duanya memulakan aktivitinya.

Dalam kisah yang lain pula, si isteri lupa untuk menurunkan ilmu ini kepada adiknya yang juga pengantin baru dua bulan selepasnya.

Pada malam pertama suaminya tanya, “Malam ni kapal terbang nak landing…”

Lantas dia menjawab.. “Kat area sini memang tiap-tiap malam ada kapal terbang landing bang… Sebab rumah kita dekat dengan lapangan terbang”

Suami terdiam… Dalam hati ada geram sikit. Kecewa, hajat tak kesampaian.

Malam esoknya, suami bertanya lagi..”Lapangan terbang dan bersedia… Kapal terbang nak mendarat ni…”

Isteri menjawab lagi, ah ah la bang…besar betul kapal terbang tu… Malam ni dah dua kali lalu…”

Suami garu kepala…Malam itu tiada apa yang berlaku. Masing-masing kecewa kerana malu hendak mula. Suami marahkan isteri. Begitu juga sebaliknya.

Si isteri juga hairan, tiap-tipa malam suaminya bertanya tentang kapal terbang. Dia bertanya kepada kakaknya. Lalu kakaknya menurunkan ilmu itu.

Malam esoknya, di bilik tidur suami sedang berbaring sambil membelek surat khabar.

Si isteri sedang menyisir rambutnya lalu memulakan bicara “Malam ni, lapangan terbang dah sedia…Bila nak landing…” Hati kecil berkata harapnya jawapan yang positif untuk memulakan aktiviti yang sah.

“Malam ni flight delayed…” Suami jawab dengan selamba lalu meletakkan surat khabar dan berselubung dengan selimut…”

Ha ha ha ha… Kami gelak besar di dalam kereta. Nasib baik, si kecil dah tidur lena… Sekurang-kurangnya taklah tension dalam keadaan yang sesak ni…

Kemudian aku bertanya pada tersayang…”Amacam kalau lewat malam ni, kapal terbang nak landing…”

Dia jawab…”Hei… Tak boleh…”

“Sebab apa?”

“Sebab jalan jamn.. Sesak ni…”

Kami tersenyum riang. Si kecil juga senyum dalam lena. Dapat juga rasa hilang tekanan.

Mesyuarat tak sudah-sudah. Memang betul orang-orang ni… Tak habis-habis. Kelmarin, ada mesyuarat di Johor Bahru. Hotel tiga bintang agaknya… Apa yang kelakarnya, aku kena attend. Projek aku masa kat kompeni lama tak habis-habis lagi. Sekarang kat kompeni baru, handle projek yang sama cuma bidang tugas yang lain. Kompeni lama jadi ‘main-cons’. Kompeni baru jadi ‘sub-cons’ dalam projek yang sama. Huh, apa kejadahnya. Dahsyat projek ni. Sampai dah masuk RMK9. Sampai dah tukar Pengarah Pejabat Projek baru. Sampai dah Pengurus Projek kena transfer. Sampai dah kompeni lama kehilangan stafnya yang berwibawa. Sampai dah sub-cons mual dengan projek ni yang tak sudah-sudah. Sampai dah data yang dikutip masih dipersoalkan kerana kini dah masuk tahun 2006. Terdapat banyak perubahan. Hey… Tak paham ke data asas kita tahun berapa? Cuma projek ni yang lambat tak ikut jadual. Aku malas nak komen mana silapnya… Biarlah, aku simpan dalam kocek. Projek ni projek sakit agaknya. Pengurus Projek di Pejabat Projek pun sakit jugak agaknya. Sekarang, pemangkunya juga sakit agaknya. Pening… Pening… Mana peranan dia? Apa fungsi dia? Berapa konsisten dia mantau. Apa yang dia tahu, sila siapkan…sila hantar…

Balik dari mesyuarat tu, aku tergelak sorang diri. Projek ni, boleh dikatakan 70 peratus adalah aku siapkan. Aku tanggung di bahu jemala patikku. Aku pikul tanggungjawab. Mula, aku handle sektor industri. Staf lama resign aku pegang gunatanah & perancangan fizikal, perumahan & kemudahan masyarakat. Sub-cons bermasalah… Terpaksa pikul sektor pusat bandar dan perniagaan, rekabnetuk bandar, kesan penilaian sosial. Masa tu aku tanggung beban ini. Aku ambil atas dasar mahu melicinkan perjalanan projek. Tapi… Sudahnya, tekanan mental dan fizikal aku hadapi. Bos sibuk dengan urusan lain konon. Cari projek konon… yang terkontang-kanting adalah aku. Bukan nak cerita keburukan bos dulu. Tapi itulah hakikat. Itulah yang aku hadapi. Software dan hardware serba kekurangan macamana keja nak siap cepat.

Bila masuk kompeni baru, bos suruh settlekan projek lama. Ada kaitan dengan kompeni lama. Kalau dulu aku pegang banyak sektor. Kini, aku pegang satu sektor. Tapi, sudahnya aku buat juga. Jadi, boleh dikatakan penglibatan aku nak menyiapkan Laporan yang disebut Draf Rancangan Tempatan adalah majoriti. Tahniah… Pengarah… Adakah kau tahu, laporan ini kebanyakannya hasil keja tangan aku. Sebab itu aku lebih tahu dari bos yang lama masa dia bentang ketika itu. Lebih pakar dan arif dari bos dulu dalam mesyauarat. Aku bukan niat nak menjatuhkan air muka dia tapi sebagai satu pasukan kajian yang sama aku patut tolong jawab dan respon sebab aku rasa diri aku terpanggil. Sebab aku tahu selok-belok dan perincian projek ini. Sehinggakan aku berpindah ke kompeni baru sekalipun, subs-cons masih menghubungi aku menanyakan projek dan hal-hal lain jika terdapat sebarang kekeliruan. Ada juga yang berbisik kepada aku bertanyakan mengapa bos lama bentang macam baca skrip. Bentang yang mengantukkan. Bentang yang meleweh. Suaranya mengantukkan. Mengapa setelah aku tiada dia baru nak ambil peranan ini. Mengapa? Tapi, semuanya memuji aku. Mereka kata aku bentang lebih bagus darinya. Ceh… Aku no komen…

Dalam mesyuarat ahli jawatankuasa tanya tentang Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Pembentang macam tergagap nak jawab. Takut-takut dan tak yakin. Nampak sangat… Peluh dah keluar. Basah seluruh muka walaupun dalam bilik berhawa dingin. Gugup agaknya… Masa ni lah aku respon. Pengarah baru pun tak perasan agaknya. Akulah dulu yang melaksanakan projek ni sebab tu aku tahu. Aku semak satu-persatu. Aku tahu semua cadangan setiap sektor. Bukan aku nak bangga atau riak. Tapi… Ini realiti. Jadi, dengan kompeni baru aku takde masalah sebenarnya untuk menyiapkan sektor pengurusan dan pelaksanaan. Berbalik kepada persoalan ahli jawatankuasa mesyuarat itu tadi, aku beri respon dengan penuh yakin. Tahap keyakinan ni memang tinggi gila lah… Tak betul takpe… Tu soal kedua, keyakinan diri dan boleh meyakinkan orang adalah soal pertama. Isshh…. Tak sangka semua boleh percaya. Ada persoalan tentang densiti perumahan, aku juga yang respon. Ada soal pelancongan, aku juga yang respon. Ada soal industri, aku juga yang respon. Ada soal perncangan fizikal dan garispanduan, aku juga yang respon. Niat adalah untuk membantu projek ini takde masalah baru dan sangkut lagi. Patutnya, begilah kat aku ganjaran. Paling tidak pun ganjaran TERIMA KASIH. Ucapkanlah…

Wah…! Bos lama masa datang meeting dah bawa laptop baru, LCD projector baru, tape recorder baru. Agaknya ada lagi yang lain dia tak tunjuk. Masa aku ada, setiap mesyuarat aku usul tapi takde tindakan. Sekarang, projek dah nak habs baru nak beli. Aku ada tanya staf baru dia. Semenjak bila bos beli laptop baru. Dia kata beli masa kat PC Fair. Kebetulan laptop lamanya dah jahanam. Nak tahu kenapa? Sebab, satu malam salah satu button keyboard (papan kekunci) huruf tu tercabut. Aku tak pasti huruf apa? Huruf Z kot. Konon nak guna gam cap gajah bagi lekat balik. Dia tak tahu ke implikasi gam tu pada benda-benda yang sensitif. Habiss…. Cairlah papan kekunci dia. Gam tu telah merebak lalu memakan dan menghakis yang lain. Ini barulah betul. Tindakan yang bahlul…Kenapalah pandai sangat…Takpelah, itu barang personal, bukan barang opis. Untuk kepentingan dia juga.

Kompeni baru, punyalah senang nak guna laptop. Agaknya kalau mintak pun dapatlah rasanya. Nanti dulu…. Hah, aku bukan nak compare kompeni baru ngan kompeni lama. Tapi, fikirkanlah? Kalau anda yakin pada seseorang letakkan keyakinan anda padanya tanpa sebarang keraguan kerana kepercayaan ini bisa membuatkan orang lain lebih selesa, kondusif, selamat dan dihargai… Tolonglah… Kenapa kompeni lama masih lagi mengamalkan cara begitu. Sekarang, zaman dah berubah. Buat kerja dari rumah pun boleh. Guna laptop boleh buat di mana-mana walau tak datang opis tapi kerja siap on time dengan jayanya tanpa menjejaskan kualiti kerja. Cara kerja dah berubah beb… Inovatif dan kreatif sikitlah bos lama…(takde niat apa). Janganlah catit saja tanpa tindakan susulan.

Sehari sebelum mesyuarat, aku terima SMS

[meeting berapa hari di jb?]

[satu setengah hari] aku jawab

[Ok. Thanks, btw cookies meeting... JB is far... Should plan the meeting earlier... Harakah’s article is right.. pentadbiran AAB just like kedai kopi... he he..he...]

Huh, aku gelak kecil dalam hati. Marah betul nampak SMS ni…

Kalau Aku Jadi PM…

Kalau aku jadi PM

Aku lantik TPM

Susun Kabinet dan M M

Klik sini untuk terperinci

Madolik

Bisa bikin anda melankolik…
Hasilnya penuh dramatik…

Bukan fantastik…
Satu garapan simbolik

Older Posts »