Sikap
July 11, 2005 by atochsmart2
Memang seronok bersnokeling di Pulau Redang. Banyak Terumbu Karang. Banyak spesis ikan. Kepelbagaian bidiversiti. Aku tak melepaskan peluang melakukan aktiviti bersnokel.
Subhanallah… Inilah keunikan alam ciptaan Tuhan. Di situ, banyak terumbu karang yang dah mati. Sayang sekali tiada had tampungan. Berapa ramai yang bersnokel dalam satu masa. Ketika aku sedang bersnokel melihat keindahan terumbu karang. Ada seorang pemuda mahu cuba mengangkat untuk memindahkan terumbu karang tersebut. Besar saiznya. Kelihatan pemuda asing memberi isyarat agar tidak menyentuh terumbu karang tersebut kerana ia sungguh rapuh (fragile). Apabila pemuda tempatan tadi melatakkannya kembali. Pemuda asing itu membuat isyarat tangan yang menunjukkan bagus…