Kalau Aku Jadi PM nanti [v1.0]
December 24, 2005 by atochsmart2
Kalau aku jadi PM. Nanti.
Kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kaunter akan bekerja tiga shif. Supaya orang banyak. Boleh buat MyKad pada bila-bila masa. Boleh bayar saman pada bila-bila masa. Boleh perbaharui paspot pada bila-bila masa. Boleh buat urusan pencen pada bila-bila masa. Boleh bayar cukai pada bila-bila masa. Boleh beli setem pada bila-bila masa. Boleh tuntut duit PERKESO pada bila-bila masa.
Sistem ‘nombor giliran’ pada semua perkhidmatan kaunter akan dimansuhkan. Akan digantikan dengan sistem ‘plug and play’.
Dengan itu, penambahan jumlah kenderaan pada waktu-waktu puncak akan dapat dikurangkan.
Kalau aku jadi PM. Nanti.
DRAMA SEBABAK:
Orang awam: "Assalamualaikum encik! Errr… saya datang ni…"
Pegawai kaunter: "Op op, pakcik tak payah habiskan ayat tu… Pakcik belum sebut pun saya dah tahu dah hajat pakcik! Pakcik nak buat MyKadkan?"
Orang awam: "Uwaah! Saya ingat David Copperfield saja yang ada magis… encik pun ada juga ya!"
Pegawai kaunter: "Thank you pakcik! Please come again! He he."