Mengerti
December 21, 2005 by atochsmart2
Kuharap kau mengerti
Jangan berduka di kala ini
Betul kata pujangga
Cinta intu buta, tak kenal apa-apa
Jangan jadi buta kerana cinta
Di sebalik cinta dusta
Betul kata ibunda
Kalau dah sama suka
Kerja dulu baru berumahtangga
Jangan malukan orang tua
Kitakan ada maruah dan air muka
Betul kata si dia Jodoh dan pertemuan di tanganNya
Tak perlu pertikaikannya
Semoga bahagia akan dikurniaNya
Bertaubatlah bersama padaNya
Memohon restu dariNya
Dan kedua Ibu bapa
Kuharap kau mengerti
Nak dengar cakap siapa lagi
Itu tandanya sayangkan diri kita ini
Jika tidak…
Iblis memang mencemburui
Astaghfirullah Ya Ilahi
Ampunkanlah dosa-dosa kami
Dosa keluarga kami
Hanya padaMu pemberi rezeki
Mulakan langkah baru
Atur dengan yakin
Susun kesabaran dengan cekal
Tekad, nekad, jihad dan juang
Tempuhi hari-hari yang bakal menjelang
Dengan penuh gemilang & cemerlang
Aku yakin kemampuanmu Kerana itu aku tahu
Apa sebenarnya dalam isi hatimu
Jangan gentar, jangan bimbang
Kita dah melepasi satu gerbang
Allah sayangkan hambanya Yang bersikap matang
Tidak berhati gelap tapi terang-benderang
Nur… CahayaMu, Amin
Atoch (2002)]
Opis 12.00 am
Jumaat