Bicara Hati Nurani
January 29, 2006 by atochsmart2
Sajak ini ditulis pada waktu orang semua sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Lampu semua sudah dimatikan. Sudah dipadamkan. Lampu jalan pun dah padam. Gelap-gelita. Tapi, bintang-bintang di cakerawala dan bulan masih ada lagi. Mampu menerangi seluruh alam. Tak tahu nak bubuh apa tajuk sajak ni. Tapi aku mulakannya juga.
Mampukah aku membawamu…
Ke puncak kejayaan
Ke puncak kecemerlangan
Ke puncak kegemilangan
Ke puncak kebahagiaan
Setakat ini aku mampu membawamu…
Ke Puncak Alam
Ke Puncak Niaga
Ke puncak Bukit Balai Cerapan
Ke puncak bukit berhampiran rumahmu
Nama bukit tu apa entah
Aku hampir membawamu…
Ke puncak Gunung Ledang
Ke puncak Bukit Tinggi, Taman Negara
Eh! Dah sampai rasanya
Ke puncak yang paling puncak
Ke puncak yang memuncak
Satu hari aku akan membawamu…
Ke Puncak Bukit Cerakah
Ke Puncak Gunung Everest
Ke puncak kasih kita
Ke puncak cinta kita
Akhirnya, aku dapat tajuk yang paling sesuai untuk sajak ini. Perkataan yang paling banyak timbul dalam sajak ini. Perkataan puncak. Timbul sebanyak tujuh belas kali. Jadi, tajuk sajak ini adalah 17 Puncak.
Ya, kini aku dah berada di Puncak Perdana