Bomba Datang
January 27, 2006 by atochsmart2
Orang yang dikategorikan sebagai seorang yang berjaya ialah orang yang keadaan dan kehidupannya pada hari ini lebih baik dari semalam; minggu ini lebih baik dari minggu lepas; bulan ini lebih baik dari bulan lepas dan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
Bagaimana? Teorinya sangat senang – kita hanya perlu menambah 1 sahaja kebaikan hari ini. Jika semalam membuat 5 kebaikan hari ini menjadi 6 kebaikan. Mudahkan? Di samping itu, keburukannya hendaklah turut sama dikurangkan. Semalam membuat 10 keburukan, hari ini biarlah 9, esok 8, lusa 7.
Bukankah ini ajaran Rasulullah SAW? Benar, tetapi mengapa digunakan dengan jayanya oleh bukan Islam. Digunakan di negeri Jepun oleh seorang yang bernama Demming yang mendakwa sebagai pencipta TQM (Total Quality Management). Sejak dulu lagi, sejak zaman Nabi, sudah ada TQM, tetapi kita tidak menggunakannya kerana kita tidak tahu. Mengapa tidak tahu? Kerana kita memandang agama itu sebagai sesuatu yang sempit, sedangkan Islam sepatutnya adalah sebagai cara hidup. Ia amat luas! Sejak dulu sudah ada NLP, TQM, MBO (management by objective) dan lain-lain lagi.
Berbalik kepada saya, Adakah dalam hidup saya hari ini lebih baik dari semalam? Rasanya tidak. Hari ini lebih teruk dari semalam. Yang paling pasti, saya mengalami inflasi, tetapi pendapatn saya tetap berundur ke belakang.
Dua perkara yang pasti terjadidi dunia ini ialah mati dan inflasi. Kedua-duanya tidak dapat dielakkan.. Caranya mudah iaitu sentiasa menambahkan pendapatan supaya tidak dikalahkan oleh inflasi.
Saya tak berbuat apa-apa untuk mengatasi inflasi. Jadi, selama saya hidup, saya akan dikalahkan oleh inflasi. Ini kerana saya tidak tahu,. Yang saya tahu, inflasi itu harga barang-barang naik, harga roti canai naik, padahal yang sebenarnya inflasi itu amat makin merosot, semakin kecil. Wang saya simpan hari ini (kalau masih ada yang boleh disimpan), nilainya semakin kecil pada suatu hari nanti. Jumlah wangnya sama, tetapi nilainya semakin mengecil. Masa saya kecil dulu, Coca-Cola berharga 25 sen, tetapi sekarang sudah seringgit lebih. Jumlah Coca-Coalnya sama tetapi harganya sudah lain.
Begitu, sudahlah hidup saya susah, ditambah pula dengan adanya inflasi, bertambah-tambah susahlah hidup saya. Api semaikn marak, besar. Saya semakin hangus…
Buku Jutawan MLM, Razzi Armansur