Berkumpul
February 22, 2006 by atochsmart2
Berkumpul, relaks, berehat, bercerita
Dalam satu masa dan ketika
Memang rasa bahagia
Tapi dah selesai ke tanggungjawab kita sebagai pekerja
Kekadang buat aku tertawa Macam orang gila
Entahlah terima aja la Apa orang nak kata
Yang penting hati aku bahagia
Tapi takut juga bahagia hanya di dunia
Di akhirat nanti naya
Terkinja kinja di depanNYA
Segala amal yang menjawb soalanNYA
Masa tu tak boleh lagi berpura pura
Baru padan muka
insaflah.. berhijrahlah di tahun baru hijrah ini semoga hidup kite di berkhati olehNYA
___
Kalau ikutkan kerja tak habis sampai bila-bila
Kalau habis maknanye kita pun kena la berhenti kerja
Memang itulah adat sebagai pekerja
Kalau tak kerja nanti orang kata makan gaji buta
Nanti kalau tetiba buta dah tau ler jawapannye
Kerana dulu masa kerja selalu makan gaji buta
Atau pun tetiba macam ular sawa
Maknenya masa kerja selalu ngulo jawabnya
___
Sampai bila nak mengharap pada orang
Bila agaknya nak jadi bos tak yah keje ngan orang
Aku la kuli aku la bos jadi orang senang
Tapi tu lah bukan senang nak senang
Tapi kat kepala ni selalu berangan nak jadi orang senang
Nak kongsi harta dengan orang tersayang
Mak ayah mesti berasa tenang
Kerana anaknya dapat membantu orang
___
Nak meniaga nak menjahit selalu jadi angan-angan
Harap-harap sebelum mati hasrat kesampaian
Boleh dok kat rumah seharian
Menjaga buah hati yang perlu penuh perhatian
___
Zaman sekarang orang sekeliling bukan boleh dipercayai
Kita beria hantar anak dan dia digaji
Bukan sikit yang diberi
Tapi anak kita tidak diperhati
Sekarang macam benda yang terjadi
Bukan senang nak cari orang gaji
Silap haribulan kita plak yang dibuli
___
Zaman semakin maju
Semuanya pantas dan laju
Kekadang rasa macam tak ada arah tuju
Tapi sampai bile, orang semua dah ke depan tak kan kiter nak tinggal lagi di zaman batu
Haru biru fikiran bercelaru
___
Idea asal : Insan tercinta