Kisah Pak Pandainya…
February 24, 2006 by atochsmart2
Kalau tak silap kisah ni berlaku semasa aku di Tingkatan 4. Masa tu ada ambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Ada belajar mengenai perpaipan. Mengenali jenis-jenis paip, cara membaiki kerosakan paip, kerosakan perangkap di singki dan lain-lain lagi. Satu hari, paip di rumahku rosak. Paip singki di dapur untuk basuh pinggan. Sesendalnya dah rosak atau loose agaknya. Menurut ibu, paip tu tak boleh ditutup rapat. Dia dah suruh ayah betulkan tapi ayah buat selamba aja. Jadi, aku rasa tercabar.
“Kau tahu ke betulkan paip tu Dinz?”
“Apanya tak tahu…”
“Paip tu dah rosak, tak boleh tutup rapat”
“Tak apa mak, kita dah belajar dah pasal paip-paip ni…”
30 minit kemudian, ibu menuju ke dapur.
“Apa yang basah semua dapur ni..?”
“Air melimpah laju tadi…”
“Kau kata dah belajar… Lainkali tutup dulu paip kat luar tu… Kalau tak memancutlah air”
Aku tunduk kaku. Hati kecil berkata sesuatu tentang cikgu yang mengajar tak habis menurunkan ilmu kepada anak muridnya.
atoch, ko jangan nak tipu, mana ada belajar kemahiran hidup bersepadu masa form 4? lagipun belajar paip masa form 1. tajuk dia: sistem paip rumah. kemahiran hidup bersepadu (KMT) aku dapat A tau masa PMR. skarang aku baiki sendiri paip bocor, flush tak pam, barang letrik kecik-kecik… tu kejadian tu 15 tahun dulu tu… tukar je sesendal paip [kalau takde, pakai tiup beskal pun boleh], buleh la tutup rapat kepala paip tu
Memang betul ayat pendahuluan tu kalau tak silap. Maknanya aku silap la tu…
TQ membetulkan. Lgpun kisah ni cerita lama diimbas kemabli