Letak Jawatan
February 22, 2006 by atochsmart2
Sebentar tadi, aku baru bincang ngan bos aku. Nak letak jawatan sekarang. Dapat tawaran kerja yang baru…Aku datang di kala kau perlu. Aku pergi di kala kau tak perlu aku. Surat perletakan jawatan aku masih dalam genggaman. Ini baru draf surat perletakan jawatan aku. Nanti aku hantar.
_
Mr. Xxxxxx
C 8027 Kg. Semabok Dalam
Jalan Semabok Dalam
75050 Semabok
Melaka 22 Februari 2006
______________
En. Zzzzzzz
Prinsipal ZMD Planning Consult,
1-15, Tingkat 1 Jalan PM4,
Plaza Mahkota Bandar Hilir,
75000 Melaka.
Tuan,
PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI …………………..
Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan dukacitanya saya ingin meletakkan jawatan sebagai …………………. di firma tuan berkuatkuasa pada 3 April 2006.
2. Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah memberi peluang untuk saya berkhidmat di firma tuan. Selama tempoh ini, terlalu banyak pengalaman dan pendedahan yang telah saya perolehi. Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon kemaafan sepanjang tempoh saya bertugas di firma tuan. Jasa baik dan kepercayaan tuan terhadap saya amat dihargai.
3. Memandangkan cuti tahunan dan cuti tanpa rekod saya yang berbaki 22 hari, dengan berbesar hati saya memohon jasa baik tuan untuk meluluskan cuti saya bermula 13 Mac hingga 31 Mac 2006 (15 hari) untuk urusan perpindahan.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
…………………………
(Mr. Xxxxxxxx)
Atoch kenapa ko berenti kerja? Ko dapat offer kat mana?
Tu baru draf surat. Aku lum hantar lagi. Kalau aku nak letak jawatan aku hantar la…