Task 2.0 Pengorbananmu Tetap Dikenang
March 22, 2006 by atochsmart2
Surat Kebenaran Bersekolah di Sekolah Bantuan Kerajaan. Ada lagi surat itu kusimpan. Renyuk sikit. Masih elok. Cukup bermakna. Inilah imbasan setiap kali aku buka fail sijil-sijil pelajaranku ada terselit sekeping surat.
Ianya terbongkar apabila aku menyatakan hasrat untuk berhenti sekolah. Itupun rentetan peristiwa aku ditolak dari Sekolah Teknik setelah menjalani persekolahan dua hari. Ada masalah kewarganegaraan. Mak juga jadi penenang. Barulah cerita ini timbul.
Hasrat aku dapat dihidu oleh ayah. Habislah aku dipukulnya. Tapi kali ni ayah bercerita dengan hikmah.
Mak kau tak pernah kenal putus asa. Masa kau nak bersekolah darjah satu di sekolah kebangsaan. Ayah dan mak kau ni orang merantau. Orang susah. Kau lahir di seberang. Pejabat Pendidikan berkeras tak bagi kau bersekolah sini. Sebab mak dan ayah punya I.C merah. Katanya kena melalui Kementerian Pendidikan. Macam-macam karenah. Tapi, mak kau naik-turun Pejabat Pendidikan Daerah dan Negeri berulang kali seorang diri. Bayangkanlah… Dia gagahi walau tak diupah. Merayu. Meminta simpati untuk anaknya bersekolah di Malaysia. Mak kau tak pernah jemu dan bosan dengan tindakannya.
Aku dapat membayangkan perjuangan mak ketika itu. Berhempas-pulas. Bersusah-payah. Aku dapat rasakan keringat mak yang mencurah. Mak mempetaruhkan masa, wang dan kudratnya. Mak tabah dan cekal. Tiada tolok bandingnya. Mak sanggup terima apa saja kritikan dari orang sekeliling.
“Anak awak tu pendatang haram. Mana layak sekolah sini..”
“Lagi-lagi muka awak, kan saya dah kata tak boleh…”
Inilah antara kata-kata yang perit mak kau hadapi. Ada banyak lagi kritikan jahanam. Kalau aku tahulah masa tu. Nak aje aku tempeling. Tapi, mak ambil kata-kata itu. Jadikan penguat semangat baginya. Mak berani hadapi cemuhan dan nista mulut laser. Hingga usahanya membuahkan hasil menyekolahkan kau. Bukan untuk orang lain katanya tapi untuk masa depan kau juga. Bila kau bersekolah, dia sibuk membuat kuih dan nasi lemak. Bangun seawal pagi untuk dijaja. Buka kedai runcit kecil-kecilan di rumah. Hah, inilah suratnya. Kau baca dan simpannya elok-elok.
Sambil bercerita ayah menitiskan air mata jantannya. Aku juga. Soal duit jangan ditanya katanya. Kau belajarlah setinggi mana selagi mak dan ayah kau mampu. Terima kasih mak, anakmu dah punya segulung ijazah.
tambahan:
-hasil keringat dan susah payahnya dahulu telah menjadi kau sekarang ni seorang?????… -kalau tak kerana dia, mungkin ABC pun ko tak kenal
eh…nak tanya lah….atoq ko seberang mana? singapore ke indonesia
tambahan:
-hasil keringat dan susah payahnya dahulu telah menjadi kau sekarang ni seorang?????… -kalau tak kerana dia, mungkin ABC pun ko tak kenal
eh…nak tanya lah….atoch ko asal seberang mana? singapore ke indonesia?….kalau tak silap aku ko lahir singapore….tapi bila baca macam datang dr indon la pulak.
TAJUK KURANG MENARIK….MACAM BIASA SANGAT..CARI TAJUK LAIN LA…TANPAMU SIAPALAH AKU KE..ATAU..????
Habislah aku dipukulnya. HABISLAH sepatutnya habis sahaja
dah jadik Chekgu Bahasa Melayu ke Tie?