Feed on
Posts
comments

Tiada Maaf Bagimu…

Kata orang kalau suka membawa duka tapi masa tu aku taklah terlalu suka. Biasa aje…

Perjalanan menaiki kereta kecil dengan jalan yang sempit dan berliku-liku memang mencabar. Dalam hati memang dah terasa ada yang tak kena. Rasa tak sedap. Tak semena-mena satu selokoh tajam menaiki bukit kereta aku dilanggar. Dilanggar dengan sukarela oleh pemandu motosikal. Sedangkan waktu itu, aku bergerak menaiki bukit. Memang perlahan giler. Mata dia entah melilau ke mana. Nak mampus budak ni. Mata tak tengok depan tapi motor berjalan laju.

Budak tu tercampak. Siapa suruh hentam kereta aku. Nasib baik tak jatuh dalam gaung. Dia dah terbaring tepi kereta. Mulanya rasa kesian, buka cermin tingkap tanya, macamana kau bawak motor ni, ada lesen tak? Kau ok ke? Aku tarik handbrake, aku buka pintu, aku keluar. Tengok bumper depan dah terperosok ke dalam. Skirting koyak pecah. Ni buat aku tak boleh nak sabar. Aku naik marah tahap cipan ni. Biarkan…

Aku tunggu dia bangun naikkan motosikalnya. Teruk juga. Ada yang pecah. Ada yang calar… Nasib baik kepala dia tak pecah.

Eh, budak! kau bawak motor macam mana haa? Dia tunduk bisu.

Kau ada lesen tak? Dia angguk menjawab perlahan, ada bang…

Hati aku memang dah panas, tangan tak sabar nak hentak kepala budak tu. Eeee… Geram pun ada. tapi memikirkan ada isteri anak-anak dan kengkawan dalam kereta aku tak jadi. Bukan masa sekarang nak tunjuk JANTAN dan nak tunjuk HERO. Ni saper nak ganti ni? Nak aku report polis ke?.. Tunduk dan geleng. Kawannya ada duk perhati, mungkin kawannya sedar kesalahan itu. Diam membisu. Aku tak kira, aku nak kau bayar ganti rugi ni… Ishhh… Walaupun sikit. Tapi dalam hati aku kesian sebab budak ni budak hingusan. Baru kenal dunia motosikal dan jalan. Mungkin baru dapat lesen agaknya. Di motornya masih tertampal P. WEY 5794 motor Honda EX5. Kau belilah nombor ni, aku yakin nombor SIAL. Dok tengok awek bersidai tepi jalan, diri sendiri hilang kawalan. Motor ke mana badan tak karuan. Bodoh! macam keldai.

Takpelah, Tuhan tu Maha Adil, biarkan dia pergi pasti ada pembalasan dariNya. Paling tidak kita jumpa di Padang Mahsyar kelak.

Belum tunggu pembalasan di Padang, aku dah terjumpa kawannya di tepi gerai dok sembang. Aku perasan mukanya. Perlahankan kenderaan. Aku perhati. Dia menjadi tak karuan. Ada sesuatu dia bisik dengan kawannya. Dengan perlahan-lahan dia meninggalkan meja gerai di situ. Aku yakin dia budak situ. Budak kampung tu. Pasti kita akan berjumpa. Kalau aku jumpa TIADA MAAF BAGIMU…

Kongsi zaman kanak

Takde apa yang unik dan istimewa aku nak kongsi, tapi ni ada satu kisah… Klik sini (jangan takut.. Bukan yang bukan-bukan). Terpulanglah, kalau kau rasa nak baca silakan. Kalau tidak, lupakan… Tapi kalau kau baca jangan ia ditinggalkan tanpa sebarang kesan. Paling tidak bagilah komen.

Rutin

Hari biasa yang menjadi rutin utama aku berada

Di rumah

Di pejabat

Di surau

Tapi hari ini rutin tu bertukar aku akan berada di taman permainan kanak-kanak untuk menemani anak yang tak nak berganjak di kala pergi ke situ.

Kalau Aku Pengarah, Aku Juga Pelakonnya, Kau Jadi Penontonnya

Di set penggambaran Wayang Kita.

Filem sekarang ada tak standing filem dulu? Filem P. Ramlee.

Hingga boleh dihafal dan lekat di kepala otak, dialog filemnya.

“Jolok motor ye bang?”

Seniman Bujang Lapok.

“Al-Kisah… Sultan Firaun… Tayeeeb… Firaun mana pakai Sultan…”

Pendekar Bujang Lapok.

Di tengah laman.

“Nama aku Wak Sifu Marang Perapu Marang Ganu Kepunden Skeper Mate’ Aji Kota Elayes Ahtok. He… He…He…

Ayuh, kita bicara filem. Ayuh… Ayuh…Mari.

Filem kita wajah kita

Wajah kita akan hodoh.He.. heh.. (terlompat-lompat macam Monyet)

Hoi Bodoh! Jangan tengok filem bodoh

Kau tengok filem Baik Punya Cilok (BPC)

Greng… Greng… Berapa juta penonton. 2,853,452 orang.

Hei… Wa Cilok lu karang…

Tepi laman, wakaf rehat.

“Sebab Afdlin kreatif dan inovatif. Pengarah besar berbakat besar. Cita-cita besar. Wawasan besar. Ada potensi dan selamba.”

“Jap..jap.. aku nak gi tandas”

Ada lagi orang di tengah laman.

Baik Punya Cilok…

Ermmm.. Afdlin…!

Amik aku berlakon… Mmmuaaks..

Dalam tandas.

Hello?

Hah, Mat. Pergi tengok filem BPC. Best tau.. Gi lah tengok…

Mmm.. Mat kat tandas ni…

Tut… tut… (bukan kentut, talian diputus)

Aktiviti diteruskan di atas mangkuk tandas.

“Mana Mat ni. Lambatnye” (bisik hati kecil sambil menggerakkan jari-jemari bikin rentak di tiang wakaf). Tak sabar aku nak story kat dia ni. Semua dah ready

Aku bangga filem ni ide tempatan. Ide asal dan ori. Takde cilok punya. Respect tajuknya kena pada jiwa masa kini. Macam pesta muda-mudi. Strategi pikat penonton. Bukan eksploitasi selebriti. Hancus…

Bukan senang pengarah yang juga merangkap sebagai pelakon. Mengarah dan menjiwai watak. Bak kata bidalan ‘umpama bos berjiwa pekerja’. Kan ke ni dapat save bajet. Aku yakin, pengarah tak pilih bulu dan kroni. Pilih orang yang senang dengannya dalam filem ini.

Anjakan paradigma filem Afdlin kali ni nampak matang. Ada niche tersendiri. Lawaknya pun lawak matang. Tersusun dan terarah tetapi selamba kodok dan spontanius. Kisah yang disaji kisah hidup, kisah biasa. Syabas… kerana keluar dari kemutan kisah cinta yang meleweh-leweh tak sudah.

Ini filem lain dari yang lain. Omputih kata ‘Different level in their own class’. Filem ni dari babak ke babak tak boleh nak agak. Buat kita teragak-agak. Satu garapan segak dan kacak. Aku suka satu babak. Masa nak merompak. Kalau dulu ala-ala Gagak Hitam. Sekarang Robin Hood moden. Kreatif. Bersahaja. Ada kajian tu… Bukanlah sembrono…

Paling mantap, filem ni takde watak heroin. Leceh kalau ada pun. Empat hero kacak dah cukup. Tapi kelasss… Mutu lakonan A plus. Dialog tak kaku dan buntu. Takde lesu. Takde palsu. Semua lakonan bermutu. Ini macamlah kawan… Filem kelas satu. Penonton terpaku. Tak baling batu. Susah nak cari cacat dan sebu.

Memang takleh tanding. Lagu tema filem ni, gubahan pengarah sendiri. Berdikari tapi lagu di kongsi untuk dinyanyi. Sedap bunyi. Hilang sunyi. Mudah ingat, terus melekat dan menyengat promosinya. Bukan tangkap muat. Bagi satu tepukan gemuruh. Keseluruhan, memang aku letak rank paling atas filem tempatan untuk tahun 2005. Kalau 5 bintang. Aku bagi 7. Dua lagi aku cari kat Bukit Bintang dan Pasaraya Bintang. Aku bagi.

Kalau tak tengok, memang rugi. Takyah bersugi. Ajak semua generasi. Ajak juga orang gila di tengah laman tadi tengok lagi sekali kerana dia lebih tahu menilai filem. Ajak lagi sekali watak yang telefon Mat di tandas tadi. Semua sekali dalam watak tadi. Yeah…

Inilah filem standing dengan filem P.Ramlee. Filem Afdlin Shauki. Satu hari akan keluar filem Atok (Kisah Lelaki Kacak). Lebih hebat. Lebih mantap. Menggabungkan lebih dari 300 hero tempatan. Kalaulah…

“Hoi, berangan ke…!” shooting nak mula.

perkataan dah lebih banyak ni, kena edit

Tenuk Gemuk

SMS masyuk lagu Pop Yeh Yeh

[So, kitak sik dpt pg la? Pegi sana jem jugak n kena pegi awal. Kitak comfirmkan lepas asar samada boleh atau sik blh]

SMS ni aku terima dari sorang kawan berasal dari Kelantan yang duduk kat Shah Alam. Bunyi Sarawak sikit campur slang Inggeris. Wah, dah tau loghat Sarawak. Ada kemajuan. Bagus…

Semalam balik lewat sikit, Bos ajak pi minum, layan… Baik jugak Bos ni. Macam kawan aku plak. Bahasa kau-aku je. Tapi yang tak tahan, dia panggil nama aku dengan nama baru. Apadia? Dia panggil aku WAK. Suka hatilah Bos, janji sedap bunyi sudah. Aku tanya Bos habis-habis.

Panggilan masuk lagu Aduh Saleha

Assalamualaikum…

Hoi kat mana?

Aku kat opis lagi ni…

Amacam?

Bila ko nak pindah?

Aku tengah tunggu aku transfer ni Amacam kerja?

Macam biasa je.

Ada projek bagilah aku

Hah, ada terima surat, aku nak bagi opis ko study.

Mana ada surat. Cakap dalam telefon punyalah kuat. Bos ada sebelah. Kalau aku cakap slow selalunya orang tak dengar dan cakap. Hah.. Apa tak dengarlah, kuat sikitlah.

Perbualan berkahir dengan jemputan datang ke rumah dan ke pejabat.

SMS masyuk

[jangan lupa beli paper, sampul surat]

sampul surat saiz apa

[Yang kecik aje, yg biasa2 je. Kalau ade sampul yg bole muat kite ok gak. Beli 2. dah mkn?]

SMS tak dijawab

Tak lama tu ada lagi SMS masyuk

[Balik malam ke? Saje tanya/]

malas nak jawab

Ada lagi masyuk…

Batman

Macho & sasa

X pelik…

Manusia Jatuh cinta

X hairan…

TENUK Pandai picit h/p

Ajaib tu…!

Wah!

Picit lg hebat! Tersengih2 plak 2 =)

Cit kena aku, akibat SMS tak dilayan. Nanti ko… Aku balas dendam malam ni atas katil.

Baru & Lama

Tempat Baru

Komputer Baru

Persekitaran Baru

Suasana Baru

Motivasi Baru

Semangat Baru

Bos Baru

Jiran Baru

Segalanya serba-serbi baru. Tetapi jangan pula buang yang lama.

Dengan yang lama barulah muncul yang baru

Jika yang lama masih boleh diguna, sila gunakannya

Pendekatan yang sama cuma cara yang berbeza

Semoga yang baru ini ada satu paradigma yang boleh dibanggakan

Isteri masih lagi yang lama

Anak yang lama

Kereta lama

Banyak lagi yang lama boleh dipakai lagi

Jangan membazir…

Mesyuarat Tingkap

Perakam masa dan Waktu.

Di bahu kananku menggalas beg. Tangan kiriku membimbit penyangkut baju. Baju yang siap digosok untuk bermesyuarat. Mesyuarat yang belum sudah-sudah. Kakiku melangkah mengikut tanda arah yang ditunjukkan. Lobby Hotel. Kuterpandang nama the Zon Regency Hotel by the sea. Nama ini membuat aku bingung. Bertanya di hati kecil, adakah aku salah destinasi? Sedangkan kami perlu mesyuarat di Hotel Eden Garden.

“Ni lah hotel yang En. Nak tuju. Dia tukar nama je”

“Oh ye ke ?”

“Ha’ah. Ada  apa erk”

“Saya ada mesyuarat. Terima Kasih”

Aku beredar meninggalkan pengawal keselamatan yang duduk di situ. Menuju ke kaunter. Check in. Sampai di depan kaunter. Penyambut tetamu senyum. Aku membalas. Bukankah senyuman itu satu sedekah.

“Erk. Saya nak Check in”

“Nama encik”

“Under Jabatan X atas nama company Y”

“IC Encik”

Setelah semakan dibuat.

“Ini nombor bilik En. No. 1027, tingkat 10 ye. Ini kuncinya dan ini untuk sarapan pagi”

“Terima Kasih”

“Yup”

Aku senyum lalu beredar dan menuju ke tempat yang diberitahu tadi.

“Malam ni dah start mesyuarat”

“Aarggh… Gila betul lah diorang ni. Buat meeting waktu-waktu begini’

Siapa yang nak bentang malam ni. Tekak aku rasa perit ni. Dah tiga hari tak keluar suara. Kalau keluar pun sangkut-sanngkut. Ni kena penangan buah limau Tahun baru Cina lah. Lagipun cuaca tak menentu. Kurang minum air masak pun ada juga. Asyik meneguk air manis je. Tapi memang aku berharap Bos dapat cover. Kali ni Bos kena Cover. Pembentangan ni pun dah berulang kali dibuat. Sebelum ni dengan Datuk Bandar. Benda yang sama juga. Tak tahulah.. Issh…Macam mana nak cakap ngan Bos ni. Tak jumpa lagi batang hidung Bos.

“Assalamualaikum w.b.t semua… Ada yang bukan Islam sini ?’

“Semua Islam erk…”

“Terima kasih kepada pasukan perunding, pemangku pengarah, pemangku Pengurus Projek, Hah, En. S pun ada pemangku Datuk Bandar”

Suasana bilik gamat dengan gelak tawa ahli mesyuarat

“Ok, tujuan kita mesyuarat pada malam ni. Errgh, bukan mesyuarat lah tapi lebih kepada perbincangan sebenarnya”

Tuan pengerusi memulakan bicara. Keadaan di dalam bilik kelihatan semua ahli mesyuarat mendengar dengan teliti dan penuh konsentrasi. Beberapa orang sibuk memasang dan setup komputer dan projektor untuk dipancarkan…

“Baiklah… Since semua wakil dah ada. Sebelum memulakan agenda kita flash back peristiwa dan program-program lepas di mana kalau nak diikutkan kajian ni sepatutnya dah habis.”

“Macamana?”

Semua diam membatu.

“Kita tak nak benda ni tanguh-tangguh lagi. So, dalam 3 hari ni kita mesti seattlekan untuk buat keputusan dan dimuktamadkan”

‘Dah lewat dah ni’

Ahli mesyuarat mengangguk-anggukkan kepala. Tanda setuju agaknya.

“Kalau tak habis dalam 3 hari ni semua Jawatankuasa kena extend hari lain atau cari masa lain untuk diselesaikan”

“Tak kiralah kau nak buat mesyuarat kat mana?”

“Kat batam ke, Kat Tg. Balai ke… As long as benda ni selesai

Heh… Heh… Tn. Hj. Z, Eh, Hj. S. Eh, Tn. Hj. Mad

Habis semua dibantainya Haji. Entah Haji dam, entah Haji mabrur. Main belasah je… Asal boleh.

“Mad, ko dah pergi haji ke?”

“Lum lagi…InsyaAllah”

“Hah… Cepat-cepatlah pergi Haji”

Walhal tuan pengerusi sendiri pun belum pergi haji juga. Kalau macam ni punya gaya tuan pengerusi. Petanda baik untuk mesyuarat. Ada chance mesyuarat habis cepat.

Ada chance juga mesyuarat jalan lancar. Sementara menunggu lif, aku terdengar perbualan dua lelaki. Bukanlah maksud aku hendak mendengar perbualan orang lain. Tetapi perbualan mereka sangat menggelikan hati menyebabkan aku tidak dapat menahan diri untuk terus mencuri-curi dengar. Seorang lelaki Melayu dan seorang lagi lelaki Cina. Rasanya dari cara berpakaian, mereka datang dari golongan pertengahan. Aku kurang pasti sama ada mereka sudah berkenalan lama atau hanya beberapa minit bertemu, ketika sama-sama menunggu lif.

Kemudian, si lelaki Cina bersuara, hai… Lambat sungguh lif ni.

Lelaki Melayu itu tersebyum dan membalas kata-kata itu yang kemudiannya berlanjutan menjadi perbualan yang pada aku sungguh melucukan dan memalukan. Perbualannya lebih kurang begini.

Lelaki Melayu itu membalas, “Lif ni memang selalu ini macammaa.. kadang-kadang itu ha.. budak-budak suka tekan semua tingkat”

Lelaki Cina membalas, “ada juga orang begitu ya.. tidak fikirkan orang lain.”

Lelaki Melayu: haiya.. Lu macam baru hidup…

Lelaki Cina itu tersengih-sengih malu sebelum terjeda beberapa ketika. Lif akhirnya terbuka. Dan dia meneruskan perbualan.

“sekarang cuaca agak tidak dapat diduga”

Lelaki Melayu membalas, betul maa.. kadang-kadang petang hujan lor…

Lelaki Cina: Betul kadang-kadang hujan. Lebih teruk lagi banjir. Kl mudah banjir.

Lelaki Melayu: haiiya… banyak betul. Itu hari, waktu saya balik kerja.. banjir maa.. jam teruk banyak susah. Sistem perparitan kita tidak betul atau bagaimana agaknya. KL ini macam selalu kalau hujan maa.. lu tarak perasan ka? Perasan juga. Susah nak mencapai kesempurnaan dalam semua perkara. Mana ada sempurna. Haiya… hidup manyak susah lor… Hidup mudah saja, makan tidur Makan tidor bukan hidup maa.. kita kena kerja, cari duit, tatak duit apa macam mau makan?

Perbualan itu berterusan sehingga membuat aku berfikir, perbualan yang berlanjutan lebih lima minit itu tidakkan mendatangkan kesan kepada dua lelaki itu?

Aku tergelak sendiri, nah… sekarang siapa sebenarnya yang tidak mengagungkan bahasa sendiri?

Surat Kebenaran Bersekolah di Sekolah Bantuan Kerajaan. Ada lagi surat itu kusimpan. Renyuk sikit. Masih elok. Cukup bermakna. Inilah imbasan setiap kali aku buka fail sijil-sijil pelajaranku ada terselit sekeping surat.

Ianya terbongkar apabila aku menyatakan hasrat untuk berhenti sekolah. Itupun rentetan peristiwa aku ditolak dari Sekolah Teknik setelah menjalani persekolahan dua hari. Ada masalah kewarganegaraan. Mak juga jadi penenang. Barulah cerita ini timbul.

Hasrat aku dapat dihidu oleh ayah. Habislah aku dipukulnya. Tapi kali ni ayah bercerita dengan hikmah.

Mak kau tak pernah kenal putus asa. Masa kau nak bersekolah darjah satu di sekolah kebangsaan. Ayah dan mak kau ni orang merantau. Orang susah. Kau lahir di seberang. Pejabat Pendidikan berkeras tak bagi kau bersekolah sini. Sebab mak dan ayah punya I.C merah. Katanya kena melalui Kementerian Pendidikan. Macam-macam karenah. Tapi, mak kau naik-turun Pejabat Pendidikan Daerah dan Negeri berulang kali seorang diri. Bayangkanlah… Dia gagahi walau tak diupah. Merayu. Meminta simpati untuk anaknya bersekolah di Malaysia. Mak kau tak pernah jemu dan bosan dengan tindakannya.

Aku dapat membayangkan perjuangan mak ketika itu. Berhempas-pulas. Bersusah-payah. Aku dapat rasakan keringat mak yang mencurah. Mak mempetaruhkan masa, wang dan kudratnya. Mak tabah dan cekal. Tiada tolok bandingnya. Mak sanggup terima apa saja kritikan dari orang sekeliling.

“Anak awak tu pendatang haram. Mana layak sekolah sini..”

“Lagi-lagi muka awak, kan saya dah kata tak boleh…”

Inilah antara kata-kata yang perit mak kau hadapi. Ada banyak lagi kritikan jahanam. Kalau aku tahulah masa tu. Nak aje aku tempeling. Tapi, mak ambil kata-kata itu. Jadikan penguat semangat baginya. Mak berani hadapi cemuhan dan nista mulut laser. Hingga usahanya membuahkan hasil menyekolahkan kau. Bukan untuk orang lain katanya tapi untuk masa depan kau juga. Bila kau bersekolah, dia sibuk membuat kuih dan nasi lemak. Bangun seawal pagi untuk dijaja. Buka kedai runcit kecil-kecilan di rumah. Hah, inilah suratnya. Kau baca dan simpannya elok-elok.

Sambil bercerita ayah menitiskan air mata jantannya. Aku juga. Soal duit jangan ditanya katanya. Kau belajarlah setinggi mana selagi mak dan ayah kau mampu. Terima kasih mak, anakmu dah punya segulung ijazah.

Dulu aku hanya penumpang kapal ini yang gah memulakan pelabuhannya kerana ada nakhoda yang berwibawa, anak-anak kapal, kru kabin bagus. Bebas dari serangan lanun. Tiada ombak menghempas. Laut tenang saja. Setelah nakhoda itu meninggalkan kapal, selaku penumpang takkanlah aku nak biarkan ia terapung begitu saja dan karam bila ombak melanda. Jadi, sebagai penumpang aku mengambil alih tugas sebagai nakhoda. Aku belajar sendiri ilmu pelayaran. Aku gagahinya dan hadapinya dengan tabah. Banyak dugaannya. Ada ribut melanda dan ombak melambung tinggi. Ramai anak-anak kapal yang tak tahan. Terjun keluar dari kapal. Pusat navigasi kapal pun tidak memberi apa-apa bantuan dan isyarat perjalanan kapal yang aku dah kemudi. Aku tukar mana yang rosak. Aku tampal mana yang bocor. Aku tukar layarnya. Aku tambah kru kabin. Cuma tak cukup aksesori peralatan kecemasan. Akhirnya aku berjaya juga membawa kapal hampir ke daratan. Dah nampak pelabuhan. Ada ramai yang menunggu. Dah tiba masanya nakhoda lama nak terjun dari kapal. Lagipun pembuat kapal dah cari nakhoda baru untuk melayari kapal. Layar harus diganti, mana yang bocor harus ditampal. Cat semula kalau perlu. Lagi beberapa jam, kapal ni akan tiba di daratan. Dah nampak kelibat orang yang menunggu di daratan. Melambai-lamabai menanti. Nakhoda lama buat keputusan untuk terjun ketika kapal dah nak berlabuh dan kapal dah nak menurunkan sauhnya. Lagipun, lanun-lanun dah kurang taringnya. Ada kapal tunda yang cuba nak bantu. Ada kapal selam nak beri sokong. Layarilah kapal ini dengan baik wahai nakhoda yang baru. Aku mahu mencari dan menjelajah lautan dengan kapal yang baru. Aku mahu menyelam di lautan yang tak seberapa dalam. Doakanlah nakhoda lama ini menyelam dengan selamat. Di sana pasti banyak batu karang yang indah, ikan-ikan yang bergerak bersama, rumput laut yang cantik. Pembuat kapal pastinya akan terseyum lebar jika kapalnya selamat dilabuhkan dan diletakkan di tempat yang elok.

Masihkah Kau Ingat

Petang itu, seperti yang dijanjikan. Kami akan bertemu di ruang legar shopping complex. Ada hal penting katanya. Tak taulah hal apa yang penting sangat sehinggakan tiada tempat lain yang dipilih. Sedangkan banyak lagi tempat lain sekitar Bandaraya itu. Restoran, kafe, gerai makan, warung semuanya ada. Bukan main banyak lagi. Entahlah, ada apa di sana… Bukannya menarik sangat. Ramai orang!. Arrrgghhh.. Sesak dan padat tempatnya. Aku dah pesan padanya jumpa di tempat lain tapi dia tetap berdegil dengan kepala batunya. Masih juga mahukan tempat ini. Ada sesuatu yang istimewa katanya. Ada sesuatu yang mengimbau kisah lampau katanya. Isshhh… Alasan itu yang digunakan untuk aku mengatakan sesuatu kepadanya. Pelik benar dia. Kami memang tak pernah bertemu sebelum ini. Berhubung melalui telefon berpanjangan. Sesekali berutus surat. Kalau malas nak tulis, taip. Sering berbalas e-mail. Paling tidak, main SMS je. Akhirnya, kami buat keputusan mahu berjumpa. Bertentang mata. Melihat wajah masing-masing dan saling mengenali dengan lebih dekat lagi. Zaman sekarang bukan boleh dipercayai. Kuat temberang. Kaki kelentong. Putar alam. Lain dimulut lain dihati. Lain diperut lain di kaki. Setakat yang aku tahu, dia gemar main tenis. Dalam seminggu dia berlatih tiga kali. Waktu petang. Minat kami jauh berbeza. Aku tak pandai langsung main tenis. Aku lebih minat squasy. Minat tengok je. Main pandai, tapi peraturan dia aku tak tau. Kalau main futsal bolehlah. Sudahlah… Masing-masing nak tunjuk hebat dalam arena sukan. Entah betul, entah tidak.

Perhubungan kami dah menjangkau tiga tahun. Pernah juga aku minta gambar darinya. Tapi yang diberi gambar Erra Fazira. Macamlah aku tak kenal dengan Erra. Dia dulu jiran akulah. Aku taulah. Rahsia konon. Wajahnya tak secantik mana. Tak lawa dan macam-macam lagi alasan yang diberinya. Kalau minta alamat rumahnya dia beri alamat yang palsu. Puas aku mencari katanya di Lembah Keramat tapi nama jalan yang dinyatakan tiada di situ sebaliknya di Parit Buntar. Sanggup aku menolak semua semua yang datang. Wanita yang cantik-cantik belaka. Ntahlah, belum buka selera. Aku korbankan untuknya. Aku korbankan perhubungan yang terjalin dengannya. Biarlah ada kejujuran jangan sampai kita kurang keyakinan. Aku telah memenuhi harapan untuk diriku dan untuk dirinya. Tapi sayang dia tak dengar bisik hati kecilku.

Perkara yang aku pasti tentang dia. Dia adalah seorang gadis. Jantinanya perempuan, beragama Islam. Berbangsa Melayu-Jawa. Anak kacukan katanya. Emaknya Melayu. Bapanya Jawa. Saiz kasutnya aku tak tahu apatahlagi saiz stokingnya. Tapi, sepanjang perbualan kami sebelum ini, dia pernah tersasul saiz bra yang dipakainya. Masa tu, dia terperangkap dengan soalan aku. Akhirnya dia kantoi. Adik-beradiknya empat orang sekarang. Dia anak yang kelima. Lagu yang diminati adalah lagu Shiela Majid sedangkan aku meminati Shiela on 7. Rancangan siri Tv tempatan yang diminatai adalah Agro Jurnal yang ditayangkan di TV1. Dia lebih gemar masakan ibunya sendiri seperti mee bandung dan nasi ayam. Kini, dia sudah berkerjaya. Bekerja dengan kerajaan. Tempat kerjanya juga dirahsiakan. Katanya dia kerja pembantu tadbir tapi aku tak percayakan kata-katanya kerana dia sering berselindung dari kenyataan.

“Eh, U kat mana ni?”

“I dah sampai ni”

“Kat mana?” Takde pun”

Ada di tempat yang dijanjikan”

“U pakai baju warna apa?”

“I pakai sut serba hitam, berkacamata…”

Telefon diletak. Masuk ke poket.

Mataku melilau-lilau mencari kelibat dia. Atas bawah, kiri kanan, depan belakang. Katanya dia datang berdua. Bersama kakaknya. Ntah. Kalau ikut temujanji kami dia memakai baju kurung kebaya merah sedondon. Puas aku cari tapi tiada seorang wanita yang mengenakan warna yang disebutkan tadi. Susah jugak nak cari. Ramai orang ni. Penant menunggu. Aku duduk di Coffe Bean berhampiran. Dapat juga menghilangkan dahaga seketika.

“Alamak… Itukah dia” detik hati kecilku apabila terpandang dua orang wanita.

Salah seorang darinya mungkin dia dan yang berbadan dua itu kakaknya. Tapi mungkin aku silap. Kalau silap malu dibuatnya.

SMS diterima [saya dah nampak awak, tak namapak saya ke?]

SMS dijawab [saya juga nampak awak. Saya tunggu sini]

Dari kejauhan, mereka berdua rancak berbual. Mesra nampaknya. Memang sah mereka adik dan kakak. Ada jalinan hubungan keintiman. Ada kemesraan di wajahnya. Tapi aku kesian melihat kakaknya. Terpaksa temankan adiknya. Kelibat mereka makin hampir. Datang berdiri tepi. Aku diam cuba nak control hensem.

“Assalamualaikum…”

“Err… Waalaikumsalam…”

Aku berdiri, Membuka kacamata sambil melemparkan senyuman ikhlas tapi jauh. Kulihat dia menutup mulut. Kakaknya senyum sinis saja.

Ada suara kecil kecluar. Dia menoleh belakang sambil memberi isyarat sesuatu. Aku tunduk. Aku lihat. Seluar tidak dizip. Ternganga luas. Adush… malunya. Malunya aku. Kenapa terjadi di depan dia. Mana nak letak muka. Aku pusing lalu ku tarik semual. Zip seluar.

“Apa yang dimenungkan tu?…”

“Issh.. Takdelah…”

“Tipulah…”

“Eh.. Dah lama sampai?”

Baru kuingat, tempat inilah aku dimalukan. Aku malu. Patutlah dia kata ada kisah lampau katanya. Cis, memang dia nak kenakan aku.

« Newer Posts - Older Posts »