Feed on
Posts
comments

Sudah banyak komen dan pendapat tentang program realiti televisyen di luar sana. Aku tak mahu ulas yang itu. Masing-masing ada pendapat mereka. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Setakat ini, sudah ada 26 jenis program realiti TV di Malaysia (Mohd Nasif Badruddin, wartawan Harian Metro). Tak perlulah aku sebut satu-persatu. Letih kalau nak sebut. Tajuknya saja yang berbeza tapi natijahnya adalah sama. Cuma yang buat aku kecewa, kebanyakannya adalah berbaur bakat nyanyian segera. Dilonggokkan dengan peserta yang ingin mencuba nasib sumbangkan suara.

___

Aku lebih suka berdiri di antara Timbalan Perdana Menteri (TPM) kita dengan Fauzie Akim dalam portal hidayahnet. Kata TPM “Kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat rancangan seperti Mencari Cinta, Mentor dan Akademi Fantasia yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang Timur”. Aku setuju dengan pendapatnya. Maknanya program realiti perlu diacu mengikut budaya kita. Perlu ditapis dan perhalusi agar dapat disesuaikan dengan nilai ketimuran. Janganlah main cedok saja. Adegan berpelukan dan berpegangan tangan bukan sesama muhrim amat memalukan umat. Ada pula yang sanggup menangis. Aku khuatir ini akan menjadi ikutan remaja kita. Dalam komentar Fauzie Akim memberi penegasan terdapat tiga perkara penting iaitu Islam melarang umatnya meniru budaya sesuatu kaum, kayu pengukur sebenar adalah hukum syarak dan tugas negara adalah menguatkuasakan hukum. Pemimpin negara harus berpegang kepada slogan “Kami adalah hakim (pemerintah) yang bertugas untuk menghukum”. Kenapa kesalahan jalan raya kita begitu tegas menghukum, tapi adegan maksiat depan mata asyik bersilat lidah?

___

Jadi, antara dua pendapat ini aku ambil jalan tengah. Sebab aku juga ikuti semua racangan realiti ini bersama keluarga. Tak boleh nak lari. Ia sebahagian dari hiburan keluarga. Aku berdiri sama dengan Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), UKM Prof. Dr. Wan Zawawi Ibrahim. Program sebegini mempunyai baik dan buruknya. Aku yakin. Tapi aku belum pasti, kalau disenaraikan yang mana lebih banyak. Hujah utama ianya ada pro dan kontra. Aku sederhana dalam hal ini. Baiknya, program sebegini jadi medan bagi mereka menguji bakat dan sekurang-kurangnya dapat mengelakkan diri dari tercebur ke dalam kancah yang penuh pancaroba. Ia juga berupaya membina personaliti dan penampilan peserta. Ada asas pembelajaran yang diperolehinya.

___

Keburukannya, aku lihat ada elemen terlampau dan ekstrem sehingga kehidupan di sebalik tabir ditayangkan setiap hari. Ada yang ketagih melihatnya. Secara tak langsung ia telah mencuri masa remaja untuk melakukan ibadah lain yang lebih berfaedah seperti menulis blog, membaca, bersukan, beriadah dan yang sewaktu dengannya. Program ini digunakan untuk mengaut keuntungan melalui undian SMS. Ia mengundang pelbagai kesan negatif apabila ada yang terlalu teruja hingga sanggup berhabis ratusan ringgit hanya untuk mengundi idola mereka. Ada pula yang terlalu fanatik menjadikan sesetengah peserta program realiti TV sebagai contoh paling ideal. Aku tengok juga tapi tak pernah mengundi. Ada rasa macam membazirlah.

___

Kesimpulannya, aku rasa sesetengah program TV perlu dikaji dan dimodifikasi agar ianya lebih banyak mendatangkan kebaikan berbanding dengan keburukan. Baik jadi tauladan, buruk jadi sempadan. Bukalah mata hati, tanya iman sendiri.

Baru

Jumpa pengarah

Lebih mesra alam

Lebih tulus

Lebih bagus

Termasuk pemangku

Pengurus Projek

Lebih faham dan

Lebih dengar

Kajian perlu dihabiskan segera

Sebentar tadi aku baru berjumpa dengan Pengurus Kewangan syarikat merangkap isteri Bos. Lemah lembut cara dia bercakap. Sopan dan berbudi bahasa. Kekadang cakap bahasa Melayu diselang-selikan dengan Bahasa Inggeris. Aku tak mahu ulas panjang perbualan di bilik mesyuarat petang itu.

Ada beberapa cakap kosong atau cakap penuh yang berlaku di depan mata aku nak tulis kat sini antaranya ialah:

“I dengar u nak letak jawatan, U dapat offer lecturer ke?”

Takkanlah dia tak tahu sedangkan aku dah discuss dengan Bos sebelum ni. Ini menyindir ke saja buat mukaddimah ayat.

“Kita tak pernah halang dan desak mana-mana staff kita yang berhenti kerja. Tapi sebelum berhenti kita nak pastikan dia lebih baik daripada di sini”

Tapi ada pengalaman membuang staff begitu sahaja. Betul ke U pastikan. Bukankah itu semua ketentuan Tuhan.

“Kita galakkan staff kita cari peluang lain sekiranya ada yang lebih baik. Esok kalau U ada phD U bagi kad tu pada orang-orang esp pejabat projek, baru diorang tahu…”

kalau U galakkan sudah tentunya U akan carikan peluang mereka. Maknanya U boleh ambil sesuka dan buang sesuka hati aja.

“Boleh tak U extend cuti U sampai hujung bulan… nanti kita gantilah cuti U dengan gaji. At least U dapat sikit pendapatan lebih untuk duit deposit rumah dan duit pindah”

Buat apa aku nak extend cuti, aku cuti nak seatlekan banyak perkara. Nak minta keredhaan kedua orang tua dan perlu melalui zaman transisi sebelum ke tempat kerja baru

“Kita cadang nak bagi U honeymoon dengan wife U, tapi U dah nak berhenti… tak sempat, tapi tak apa, selalunya kalau kita janji kita akan tunaikan”

Kalau nak bagi jangan cakap aja, sila tunaikan apa yang ada dalam kepala. Jgn hanya lakaran di minda kosong

“Macam staff lama kita ada bagi insentif, kalau tak bercuti, kita bagi wang ringgit…”

Memang ada aku . Memang diakui. Tapi sampai bila aku nak mengharap kenaikan gaji yang tak setimpal dengan kerja.

“U discuss dengan wife U samada boleh tak extend cuti sampai hujung bulan sebab makan masa juga nak cari orang replace tempat U… Kalau tak sampai hujung bulan pun sampai 20hb Mac, tapi kita kira hujung bulan jugaklah…”

Ini ayat nak sedapkan hati, aku kata memang dah putus. Kalau anda bermasalah saya juga bermasalah. Kalau perlukan saya carilah saya dan telefon saya nanti

“Ada juga antara staff kita yang dah berhenti, jumpa kita balik nak kerja.. tu la… masa dia berhenti dia tak nak bincang dengan kita…”

Ini ayat ugut dan pujuk. Aku memang dah buat keputusan yang terbaik. Kalau aku datang semula sekalipun aku cuma singgah dan lalu saja.

“Habis, wife U di sana tak kerjalah..Takpe, dia nak tak kalau buat part time dengan kita, U cakap kat dia. Contohnya macam editing ke, buat report ke. Kita pun ada buka E-Home di Cyberjaya. Saya juga selalau pergi Shah Alam”

Saya bagi dia jaga urusan rumahtangga. Jaga anak. Idea ini memang bagus tapi implikasinya sangat mendukacitakan dan kurang memberangsangkan. Saya bukan minta gaji berganda tapi saya pinta keberkatan dan kepuasan kerja

“Macamana dengan kerja lama. Dah habis dah… U cakap nak berhenti lewat sangat, tak apa nanti U cakap dengan Bos baru minta extend. Janganlah masuk 1hb, masuklah pertengahan bulan ke… Dia urgent tak nak guna U…?”

Itu masalah anda. Urgent tak urgent saya memang akan mula kerja awal April. Tiada kompromi. Banyak urusannya nanti.

“Tak apa, nanti saya cari ada lagi tak contact number masa lori tu angkut barang kami ke Cyberjaya, lori tu besar juga.. Eh, barang U banyak tak?

Selalunya dia cakap tiada apa tindakan susulan dan mendiamkan diri.

“U pun dah ada keluarga, ada komitemen, umpama payung keluarga, janganlah nanti kita dengar hidup u susah pula, kita tak mahu”

Doakanlah hidup staff U berjaya di dunia dan di akhirat. Janganlah memomokkan orang di hadapan anda.

“U dah jumpa Bos, kenapa U tak datang jumpa I, kita tak dengar ok aje…

Buat apa nak jumpa Bos berulang kali nak bagi tahu aku resign. Waste my time. I want to say goodbye…Please

Kisah ni, emak aku yang cerita pada aku. Aku tak berapa ingat sangat sebab masa tu memang aku malas nak ingat. Daya ingatan dan memori tak kuat. Masa tu aku baru tahu merangkak. Belum tahu berlari. Belum tahu berjalan. Belum tahu berlari sambil menari. Cuma tahu merangkak ke sana ke mari tapi memang lincah. Memang banyak kejadian yang mencuit hati semasa zaman kanak-kanak. Maklumlah, nama pun kanak-kanak. Tapi peristiwa ni, sejurus selepas mak aku cerita aku memang tak boleh terima. Nak balas dendam pun ada. Memang tak patut sepupu aku ni. Cubalah bayangkan, kejadian yang menimpa aku ni. Ceritanya berlaku dalam bulan puasa. Sepupu aku ni main mercun. Masa tu umur dia 6 tahun lebih dah. Dia memang nakal berbanding aku. Orang kampung yang kata. Tahun lepas, dia main mercun juga dalam rumah. Habis terbakar langsir rumahnya. Mujurlah cepat dislematkan. Kalu tidak, hangus dan rentung seisi keluarga. Kali ni dia buat perangai lagi. Kerana mercun juga. Dia selit mercun kat pampers budak yang sedang merangkak. Budak merangkak itu, akulah. Mercun roket. Dipatahkannya lidi mercun tu disumbatnya kepala mercun tu sedalam yang boleh, sumbu dikeluarkannya. Budak yang comel merangkak tu bukan tahu apa. Leka merangkak dengan aktif. Setelah dia bakar, apa lagi.. Dia pun larilah… Tiba-tiba dengar suara budak merengek. Punggung dah berasap. Terkejut pun ada agaknya. Sambil merangkak, punggungnya berasap. Nasib baik tak ada yang cedera. Nasib baik mercun tu tak besar kuasanya. Kalau tidak pasti aku terbang ke angkasa naik roket. Mujur tak ada yang cedera.

“Hei.. Ajak, ko sumbat mercun kat si Udeng ni kenapa?” herdik maknya yang merangkap ibu saudaraku dan isteri kepada abang emakku. Akak iparlah tu…

“Orang nak suruh dia terbang naik roket…Orang dah tanya dah, dia angguk orang letaklah” jawab anak dia dengan muka selamba.

Ibunya menggeleng kepala mendengar jawapan itu. Di kala Hari Raya menjelang tiba, cerita ini diulang kembali sebagai topik mencuitkan. Aku tak pasti bahagian mana yang melucukan. Mungkin mereka bayangkan aku sedang merangkak keluar asap macam patung mainan yang dijual di pasar malam; atau jawapan sepupu aku menyuruh aku naik roket; atau mercun itu diselitkan di punggung budak yang tak tahu apa hingga kini fobia mercun dan fobia roket.

Menyahut cabaran

Kalau dikenang-kenang aku pun kurang pasti bagaimana kejadian ni boleh berlaku. Aku ni orang yang sabar sebenarnya. Tapi masa tu, macam mana aku boleh hilang sabar. Kisah ini apabila diceritakan oleh orang lain, jadi bahan ketawa. Entah apa yang lucunya aku pun kurang periksa. Agaknya masa tu aku geram pun ada. Maklumlah, kekadang adik-adik ni tak nak dengar cakap abang dia. Orang cakap sekali tak jalan, cakap dua kali tak makan saman. Takkan nak cakap sampai berbuih mulut. Lepas tu dia ajuk pula cakap kita. Mana tak naik darah dibuatnya. Menyirap… Kebetulan masa tu, ibu menyuruh sesuatu. Jadi, aku perturunkan kuasa aku menyuruh adik aku yang duduk berhadapan denganku di meja makan tapi mukanya dipalingkan dari aku. Aku dah cakap dengan dia, buatlah benda tu. Bukan susah sangat pun. Lagipun masa tu aku ada kerja lain yang nak dibuat. Dia tak dengar cakap aku. Langsung tak ada respon. Aku mati akal nak buat apa dengan adik aku yang perempuan ni. Nak dipukul tak ada rotan atau kayu kat atas meja tu. Nak ambil, malas. Entah macam mana dialog ini menjadi pencetus kejadian.

            “Pergilah buat…”

            “Abang lah buat, mak kan suruh abang..”

            “Pergilah.. issh.. budak ni, karang aku bakar rambut kau karang…”

            “Bakarlah…”

Sudahnya memang aku sahut cabaran itu, rambut yang kerinting mengurai tu jadi mangsa sasaran. Aku capai pemetik api  lalu aku bakar hujung rambutnya. Aku tak sangka pulak yang api tu merebak. Naik pucat aku, rambut dia hampir terbakar. Bukan hampir, memang dah terbakar sebahagiannya. Cepat api merebak. Nasib baik sempat diselamatkan. Mujur tindakan cepat. Bau hangus memenuhi ruang udara hingga ke dapur menusuk ke hidung mak yang sedang masak. Rambutnya jadi menggerutu. Dia menangis teresak-esak mengenangkan rambutnya yang hangus. Dia menjadi mangsa kebakaran kecil tapi bahaya. Aku kasihan dengannya. Lain kali jangan cabar aku. Kan aku buat betul-betul. Mak memarahi aku kerana tidak berfikir dulu sebelum bertindak. Membakar rambut orang sesuka hati. Bukankah rambut tu mahkota wanita pesan mak lagi. Lain laki kalau nak bakar jangan bakar lambang mahkota wanita. Pergi bakar sampah kat belakang rumah atau pergi makan ikan bakar. Cubalah kalau rambut kau dibakar. Selepas kejadian tu, memang aku cuba membakar rambut yang bertebaran setelah ayah menggunting rambutku. Memang benar baunya hangus busuk kurang menyenangkan.

Parah Berdarah…

Seperti hari-hari biasa. Sudah menjadi kebiasaan dan rutin harianku. Menghantar dan menjemput adik. Dia lebih gemar dibonceng dengan motosikal. Sekolahnya bukan jauh sangat. Dulu, aku sekolah tu juga. Boleh je jalan kaki. Motosikal EX5 ayah jadi sasaran. Aku pinjam sebentar. Nak hantar adik sekolah sesi petang. Kuhantar sampai depan pintu pagar. Ya lah, mana tahu dia ponteng sekolah kalau tak hantar sampai depan pagar. Bukan boleh percaya. Aku akan pastikan dia sampai ke bilik darjah. Petang itu, persimpangan berhampiran sekolahnya memang sibuk.

___

Simpang tiga tu memang tiada lampu isyarat sejak dulu lagi. Aku mahu masuk ke kanan. Ada kereta dari arah bertentangan. Aku berhenti di sebatang jalan lurus sementara menunggu kereta betul-betul pasti tidak ada. Tiba-tiba ada kereta Proton Saga warna putih menghentam aku dari sebelah kanan. Nombor pendaftaran aku tak ingat. Hentaman begitu kuat. Motosikal yang aku tunggang terperosok di bawah keretanya. Aku sempat melompat singkat, terlantar di jalan. Aku sedar. Aku masih sedar. Tiada apa yang luka agaknya. Degup jantung masih berdenyut kencang. Aku masih bernafas seperti biasa. Keadaan jalan mula sesak akibat kemalangan tadi. Orang ramai yang berada di tepi jalan tadi menjadi saksi kejadian. Aku yakin, mereka nampak dengan jelas. Ramai juga yang sanggup menolong aku dan ramai juga yang menolong lalu tengok saja. Kereta Proton itu yang bersalah. Pemandunya dah berumur. Mata dah hampir kabur agaknya. Tukar aja dengan mata lembu. Besar sikit. Kusangkakan tiada apa yang cedera pada diriku. Setelah orang ramai meminta aku beralih ke bahu jalan, baru kusedar. Ada kesakitan di kaki. Berhampiran buku lali. Kulitnya terkoyak dan tersiat besar. Ternganga luas. Darah merah pekat mengalir. Ditambah pula sinar bahang dek panas mentari. Aduh! Sakitnya tidak terperi. Aku menahan kesakitan. Dalam pada aku menahan, air mata jantan mula mengalir dan menitis membasahi pipi. Kalau keluargaku tahu hal ini pasti mereka akan marah. Banyak darah yang terbuang begitu saja. Kalau didermakan pada orang yang memerlukan saat ini kan bagus. Tapi, ketika ini rasanya aku lebih memerlukan. Jari tangan kiriku mula terasa peritnya. Jari kelingking sudah terkoyak. Entah mana serpihan selebihnya tu pergi di tengah jalan. Ah, biarkanlah dia hilang. Sementara itu, motosikal sudah tersadai tepi. Sepit udangnya bengkok ke dalam. Tayar depan tak lagi bulat. Remuk habis. Macam motosikal tu nak bertukar jadi helikopter. Aku masih menahan kesakitan. Berdenyut-denyut rasanya. Terasa dalam lukanya. Pedih bukan kepalang.

___

Tibanya di hospital makin serius sakitnya. Naik ke kepala rasanya. Seolah-olah ada benda yang menyucuk. Aku dikenakan tujuh jahitan kemas di kaki. Tak pasti jenis jahitan apa. Jahit sembat kot. Jari kelingking terpaksa dipotong separuh kerana dah rosak kata doktor. Tidak berfungsi. Sepanjang kejadian, pihak keluarga di rumah tidak diberitahu tentang hal ini. Melihat anaknya dipangku, mereka terkejut bercampur menjerit. Ada kemalangan yang menimpa anaknya. Malang memang tidak berbau harum. Bergantunglah kemalangan itu berlaku di mana. Pemandu nyonya tadi dah langsaikan ikut jalan tepi. Tidak mahu ke Balai Polis katanya. Nanti banyak cerita. Lagipun dia dah mengaku dia salah. Ramai yang menolong tadi, memang menyebelahi aku. Semua kerosakan digantinya. Duit ubat ditanggung. Gaji harianku diberi sebab dengan kemalangan ini, aku tak boleh pergi kerja. Aku hanya terlantar di katil selama beberapa minggu. Kaki berjahit, jari berbalut. Nampaknya itu saja yang cedera. Ada juga luka-luka sikit tercalar di bahagian badan. Tapi luka kecil. Bahagian dalaman mungkin ada yang luka. Tak nampak oleh mata kasar. Harapnya tiada yang luka. Air mata jantan berlinangan setiap kali orang datang ziarah. Air mata ini tak mampu ditahan. Entah apa yang aku fikir dan kenangkan semasa kemalangan itu.

Aku kasihan pada diriku yang ditimpa kemalangan ini;

Aku kasihan pada ibu yang sanggup merawat aku sepanjang aku tenat; dan

Aku kasihan pada nyonya itu ditipu oleh mereka yang meyakinkan aku mempunyai lesen B2.

Kisah Pak Pandainya…

Kalau tak silap kisah ni berlaku semasa aku di Tingkatan 4. Masa tu ada ambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Ada belajar mengenai perpaipan. Mengenali jenis-jenis paip, cara membaiki kerosakan paip, kerosakan perangkap di singki dan lain-lain lagi. Satu hari, paip di rumahku rosak. Paip singki di dapur untuk basuh pinggan. Sesendalnya dah rosak atau loose agaknya. Menurut ibu, paip tu tak boleh ditutup rapat. Dia dah suruh ayah betulkan tapi ayah buat selamba aja. Jadi, aku rasa tercabar.

            “Kau tahu ke betulkan paip tu Dinz?”

            “Apanya tak tahu…”

            “Paip tu dah rosak, tak boleh tutup rapat”

            “Tak apa mak, kita dah belajar dah pasal paip-paip ni…”

30 minit kemudian, ibu menuju ke dapur.

            “Apa yang basah semua dapur ni..?”

            “Air melimpah laju tadi…”

            “Kau kata dah belajar… Lainkali tutup dulu paip kat luar tu… Kalau tak memancutlah air”

Aku tunduk kaku. Hati kecil berkata sesuatu tentang cikgu yang mengajar tak habis menurunkan ilmu kepada anak muridnya.

Layan Cari Lori

Hari ni aku ym dengan member lama, tanya pasal lori. Pasal lain pun ada. Cari lori nak pindah… Pindah rumah dan pindah tempat kerja. Perbualan kami lebih kurang begini.

atoch:16:24 PM): akum
Pak Kebun: wsalam
Pak Kebun: apa cerita din?
atoch: ada lori aku nak bleh
Pak Kebun: ada…
Pak Kebun: tak sampai 3 tan
atoch: bg nombor
Pak Kebun: dalam 2 tan setengah
atoch: ko pakai lori tu ke
Pak Kebun: mad diah- 019626 7817
Pak Kebun: yup
atoch: dok mana
Pak Kebun: umah dia dekat sebelah skola pendidikan khas
Pak Kebun: rumah yg banyak bas tue
Pak Kebun: kalo kau perasan la…
atoch: ooo kat situ
atoch: dia banyak lori ke

Pak Kebun: ada 2..
Pak Kebun: kalau tak silap la
Pak Kebun: paling besar 2 tan stengah
atoch: masa ko pindah byk barang ko bawak ke
Pak Kebun: semua aku bawak termasuk moto buruk aku
Pak Kebun: nasib baik kreta tak muat
atoch: satu trip berapa dia charge
Pak Kebun: kalo muat kereta pun aku punggah skali
Pak Kebun: trip kena discuss
Pak Kebun: sbb dia including tol dan minyak
atoch: :)
atoch: masa ko pindah brp dia charge

Pak Kebun: dalam 600++..
Pak Kebun: sbb org kampung
Pak Kebun: ko kena pandai kao tim la
atoch: including tol dan minyak
Pak Kebun: yup
atoch: abis sape yang angkut dan susun
Pak Kebun: dia tolong
Pak Kebun: cuma kita keda ada kaki la untuk tolong2 skit
atoch: dia ada orang tak
Pak Kebun: masa aku dulu masa naik barang ada 2 org
Pak Kebun: masa naik ada 3
Pak Kebun: masa turun 2
atoch: orang dia la tu
Pak Kebun: biasanya dia tunggu atas lori
Pak Kebun: load and unload
atoch: ko tak nagjo ker
atoch: ralat: ngajo
atoch: ptg ni aku jumpa dia, ada sumber lain…

Pak Kebun: ko nak ke mana ye?
atoch: aku nak jalan ke depan
Pak Kebun: ko nak ke mana oit
atoch: ooi… gaji ko berapa (nazri tanya)
Pak Kebun: lebih skit dari zmd la…
Pak Kebun: salam kat nazri…
Pak Kebun: ko nak pindah mana oit….
atoch: bersih??
Pak Kebun: bersih tak tau lagi sbb x dprt gaji
Pak Kebun: maybe ada dalam 2 +++ kot
Pak Kebun: sama jer sbb kat sini wife x keje lagi
Pak Kebun: cuma x tension sgt la
atoch: ko puas hati tak?
atoch: tangga gaji

Pak Kebun: puas hati ttg kerja mmg puas hati…wpun kalau kira keje lagi teruk dari ZMD
Pak Kebun: kat sini baru nak ISO
Pak Kebun: tetiba depa dppt tau….aku kena lantik jadi ahli
atoch: :)
atoch: ok lah tu…

Pak Kebun: ok pebende
Pak Kebun: meeting tadi 9.00-1.00
Pak Kebun: ko nak chow ke mana?
atoch: adala perubahan dan hijrah
atoch: aku nak gi firma lain.. shhhh jgn ckp ngan en zul

Pak Kebun: bagus la gitu Alhamdulillah
Pak Kebun: ok boss…
Pak Kebun: takpe ..masing2 ada jalan dan rezeki yang tersendiri
Pak Kebun: bila jangkaannya? kat JB ker? or KL?
atoch: XXX Planner
atoch: :)
atoch: Dalam awal bulan 4 aku blah

Pak Kebun: kat JB?
atoch: aku dah bincang ngan bos
Pak Kebun: dia dah tukar nama firm ke?
atoch: bos kata : ok teruskan
atoch: XXX Planner registered MIP but YYY not

Pak Kebun: en zul standarad la " kami di ZMD tak menghalang perkembangan kerjaya staff" he..he..he… (buat mcm slang en zul)
atoch: orang yang samalah tu
Pak Kebun: base kat S.A ?
atoch: tak
Pak Kebun: abih tu?
atoch: kat sebelah daerah PJ
atoch: eeeh.. tak

atoch: kat sebelah Klang
atoch: :P
atoch: ko tau tak?

Pak Kebun: tau apa?
atoch: area tu
Pak Kebun: bagus la tue
Pak Kebun: aku klang kurang pandai tapi rasanya ada member kat sana…oit MANTAP kan orng kelang?
Pak Kebun: wife keje skali ke?
atoch: wife aku jaga aku ngan anak aku.. :)
Pak Kebun: tak pe…kalau ada pelung cuba yg lain
atoch: aku br bincang ngan en zul
Pak Kebun: aku gitu gak
Pak Kebun: cik A offer 2+++ ?
atoch: surat terminate tak submit lg
atoch: offernya lbh bagus gila dr sini

Pak Kebun: wah…menarik tue
Pak Kebun: baru puas hati ye
atoch: orang yang menghargai dengan kerja kita dan sebaliknya berbeza dinilai
Pak Kebun: ko ckp betul…
atoch: aku tak kisah gaji
Pak Kebun: aku stuju…
atoch: tp kepuasan
atoch: :B

Pak Kebun: yg penting kita puas hati dgn keje yg kita buat
atoch: ko tak balik asal?
Pak Kebun: aku kat sini hari2 balik lambat
atoch: ko dah lupa daratan erk
Pak Kebun: tapi aku puas hati dgn keje aku
Pak Kebun: jgn ckp camtu beb
Pak Kebun: aku tetap ingat kekawan aku
atoch: :)
Pak Kebun: lagipun kita smua bukannnya ada mush apa2 pun
Pak Kebun: kat sini..kena kerja untuk kemajuan diri
atoch: ko ada jumpa dekan
Pak Kebun: siap jadi geng isap rokok lagi
atoch: dekan tu sepupu en. z eh?
Pak Kebun: aku tak pasti plak
atoch: ada jumpa member aku
Pak Kebun: sepupu cik zul mmg ada kat mana2..kat antartika pon ada kot
Pak Kebun: member ko fak apa?
Pak Kebun: ko bagi nama di POK CIK
Pak Kebun: camne aku nak carik
atoch:  nama betul dia MD. JOHN
atoch: dia orang ganu

Pak Kebun: fak mana ye?
Pak Kebun: ;)
atoch: :)
Pak Kebun: nazri camne?
atoch: nazri ada kat sblh ni ah
atoch: dia batuk
atoch: ko ngajo subjek geografi malaysia ke dunia

Pak Kebun: kira lepas nie nazri jadik kanan la yek
Pak Kebun: aku ajar geo manusia…
atoch: nazri kata dia pun nak jd kiri
Pak Kebun: fokus pada geo bandar
Pak Kebun: suruh la dia on line skali
atoch: oooo…
atoch: ko tau aku kat pc mana?

Pak Kebun: pc bilik kom kot?
atoch: aku kat pc11
Pak Kebun: sudah maju skarang yer
atoch: setup sendiri.. diorang tak tau..
Pak Kebun: smua PC ada internet
atoch: ada 3 pc
Pak Kebun: bagus…
Pak Kebun: barang ada tapi x maksimumkan
atoch: kat tempat ko, mejar dan pc11
Pak Kebun: pc nazri camne?
atoch: dia windows kokek
atoch: kena upgrade br boley

Pak Kebun: aku kat sini dah maju…
atoch: maju ke depan ke belakang
Pak Kebun: sudah main tenis huargh..huargh…huargh….
atoch: aku dah join kelab futsal plak
atoch: geng gagak itam

Pak Kebun: berapa punya brutal la
atoch: ko balik semabok bley bukak kelab tenis
atoch: ajar bebudak main

Pak Kebun: bley..ajak chelek, ubi, ane dan lain2
atoch: ko tau en. zul pakai kete apa sekarang
Pak Kebun: lagi power..
Pak Kebun: depa kat sini ajak aku main golf
atoch: dia pun dah maju gak
Pak Kebun: aku rasa kat sini ramai yg otak tak centre la
Pak Kebun: wa..cik zul dah tuka kreta ke?
atoch: kete baru beb
atoch: ko rasa aku cite btol ke tak?
Pak Kebun: merc ke?
Pak Kebun: ko nie ….
Pak Kebun: kira betul sudah
atoch: btol la…
Pak Kebun: ha..ha.. saifudin..apa kaba? (buat style cik z)
atoch: skrg ko tgh chat ngan nazri, din tgh melantak
Pak Kebun: oo…
atoch: bukan apa kabar, di bagi salam skrg
Pak Kebun: macam main gusti dah..ada tag team
Pak Kebun: ko nikah blan brape?
atoch: tak ada tarikh lagi… kemungkinan besar lepas raya kot.
Pak Kebun: cik z pakai kete apa skang?
atoch: mercedis CLK Compressor sport 2 pintu
Pak Kebun: kekawan lain camne? kanan?jarum? nigger? aloyah?
Pak Kebun: ari tue kata zmd takde duit…
Pak Kebun: bosss plak tukar kreta
atoch: semua mcm biasa… tak ada apa2 yang menarik pung.. hehehehe
atoch: ZMD tak ada duit nak bagi staff, tapi untuk sendiri banyak lebih

Pak Kebun: o…
Pak Kebun: tue la pasal
Pak Kebun: gaji x naik2
atoch: nak lari income tax kot
Pak Kebun: entah la
Pak Kebun: ko tanak chow ke shah alam?
atoch: baru ari nie aku nampak kete dia… yang lain tak nampak lg…
Pak Kebun: o….
atoch: resume pun tak antar lg… dalam proses, tgh cari waktu sesuai
atoch: bos cakap nak cari planner ngan TA sekali
atoch: ko tak nak apply ke? hua hua hua

Pak Kebun: boss kat shah alam ke?
Pak Kebun: tak..cukup la kau keje sini
Pak Kebun: gaji x tinggi pun tapi kira ok la..
atoch: yelah
atoch: aku pun dh bosan, nanti din takde, aku tinggal seketul kt sini
Pak Kebun: yg penting happy keje
Pak Kebun: tue la pasal…
atoch: ya btol…. 100 markah untuk anda
Pak Kebun: tinggal sorang kena kawan dgn kanan dan jarum serta nigger…parah la kalo gitu
atoch: abis la…. jadi melukut d tepi gantanglah aku…
atoch: takpelah… nanti aku apply jadi prinsipal

Pak Kebun: apa nak buat cik…dah nasib badan !!!!
Pak Kebun: kalo ko apply kanan dapat kot
Pak Kebun: bole naik J 44
atoch: ko kt sana ada beli dvd lagi ke????
Pak Kebun: kat sini lagi murah wo….
Pak Kebun: harha kow-kow punya
atoch: bleh jd supllyer la…
Pak Kebun: single dvd lima inggit aje
Pak Kebun: ha..ha..ha..
atoch: wa…. manyak untung aaaaa….
Pak Kebun: 3 in 1 dalam 7 ke 8 inggit
atoch: ko beli kat keling eh???
Pak Kebun: dvd yg ada unsur2 porno 7 inggit
Pak Kebun: ak ah…kat sini tokey dvd keling\
atoch: aku taum ko mesti beli tu banyak… huahuahua
Pak Kebun: ha..ha..ha….
Pak Kebun: JPA ko dah antar? apa crita?
atoch: ko pon bleh jadi keling sekali… baru dapat diakaun lg murah maaa.
atoch: SPA lahh

Pak Kebun: skali keling la…ponggeri-ponggeri..mutappa yillek
atoch: tak ada berita…. tunggu jelah…
Pak Kebun: skali SPA la…
atoch: ko bila nak beli gumah???
atoch: nanti kena beli kat sanalah yaaa…. ko dah keje kat sana sampai tua… kan????

Pak Kebun: kena confirm dulu baru bole buat gov loan
atoch: PHD bila nak amik???
Pak Kebun: kena tunggu turn
atoch: confirm brp taun????
Pak Kebun: insyaAllah
Pak Kebun: 1-3 tahun
Pak Kebun: ada syarat2 neyr la utk confirm
atoch: kete? bila nak beli second car???
atoch: proton dekat….

Pak Kebun: kat sini smua org kereta power2
atoch: ye ke??????????
Pak Kebun: aku ajer pakai wira lorot
Pak Kebun: segala jensi kereta nasional ada kat sini
atoch: hebat la ko… nanti student bleh ikut
atoch: tak ada student ngorat ke???? ke ko ngorat student
atoch: free habis nampak
atoch: oooit ko berak ke

Pak Kebun: skali ada org dtg plak
Pak Kebun: aku free skang
Pak Kebun: aku baru balik langkawi
Pak Kebun: kamis sampai ahad
atoch: ko honeymoon kali ke 14 ratus ke
Pak Kebun: aku pegi sorang da….
Pak Kebun: bawak student…
Pak Kebun: pergh…student kat sini dressing ganteng-ganteng
Pak Kebun: maklumlah cikgu le katakan…
atoch: ooo.. ko nak tunjuk tsunami ke
Pak Kebun: yg tu ada gak
Pak Kebun: bawak ttg sumber ikan kat tanjung dawai
Pak Kebun: langkawi aku bukak cerita pelancongan
atoch: ko kena panggil dr. amran cerita pelancongan
Pak Kebun: alah..yg nie setakat impak ajer
Pak Kebun: bawa depa observe langkawi lepas tu malam discuss
atoch: ada kebocoran dlm sektor pelancongan tak?
Pak Kebun: bocor camne?
Pak Kebun: student aku kat sini ramai gak yg tue2
Pak Kebun: tua2
atoch: economy leakage
Pak Kebun: yup
Pak Kebun: depa still takut H31N ada kat Malaysia
atoch: aku jumpa kawan ko kembau tu
Pak Kebun: kat mana ko jumpa dia? sg udang ke?
atoch: kat pasar petang
atoch: adik dia tunjang, abg dia pendek
atoch: bini dia dalam hari
atoch: dia tak tau ko dah pindah

Pak Kebun: dia tue b******
atoch: jd aku bgtau kat dia suruh bgtau kat kawan2
Pak Kebun: ari tue aku jugak yg cakap kat dia masa keje kawin member
atoch: oh ye ke.. Dia dah mengong tak
Pak Kebun: standard la…
atoch: bang singgit bang!
Pak Kebun: woi..RTD dah settle ke ? rilek jer?
atoch: sampai kiamat tak seatle
Pak Kebun: singgit bang
Pak Kebun: ari tu meeting ok?
atoch: cik mat naik pengurus projek.
Pak Kebun: datin mantap da blah..pengarah baru takkan prob jugak kot?
atoch: aritu okje…
atoch: pengarah baru tak daftar diri lg.
Pak Kebun: betul ke cik mat jd pengurus projek?
atoch: dia pemangku..
Pak Kebun: oo….
Pak Kebun: bole la buli balik yer
atoch: aku dah buli bg terbalik dah
atoch: aku cilok balik

Pak Kebun: ha..ha..ha….
atoch: ko kat cc ke kat bilik ko ke kat tengah padang
Pak Kebun: kat bilik
atoch:  ko dah ada bilik sendiri…
Pak Kebun: alhamdulillah..dapat la satu..yg sedang2 aja
atoch: hari2 ko online TNA
Pak Kebun: TNA camne? pay-per-view?
atoch: ko dah tgk KISAH LELAKI KACAK
Pak Kebun: lelaki kacak sapa plak?
atoch: movie terbaru
Pak Kebun: sapa belakon?
atoch: ko tak tau ke
Pak Kebun: ???
atoch: http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=398248&username=atochsmart
atoch: ko regi ni free
atoch: ke dah regi

Pak Kebun: jap…
Pak Kebun: web apa nei?
atoch: bley make income jika surf
Pak Kebun: banyak dpt tak?
atoch: kalau ko regi ko ada 10 usd
atoch: sehari ko kena surf maksimum.
atoch: sampai sebulan
atoch: kalau nak upgrade tambah duit
atoch: aku baru start
atoch: member aku dah balik modal

Pak Kebun: ok.nati aku cuba study dulu
Pak Kebun: ok
Pak Kebun: ko slalu online YM kan?
Pak Kebun: aku kena panggilan nie…
atoch: kau regi je.. free beb
Pak Kebun: kalau takde hal aku akan online YM
Pak Kebun: yup..aku join
Pak Kebun: aku dah save as favourite
atoch: ko dah nak chau ke
Pak Kebun: kena chow…
atoch: adios
Pak Kebun: ada skit hal plak
Pak Kebun: kalo on line ko msg ler aku
Pak Kebun: salam untuk semua
atoch: k
Pak Kebun: wassalam

Letak Jawatan

Sebentar tadi, aku baru bincang ngan bos aku. Nak letak jawatan sekarang. Dapat tawaran kerja yang baru…Aku datang di kala kau perlu. Aku pergi di kala kau tak perlu aku. Surat perletakan jawatan aku masih dalam genggaman. Ini baru draf surat perletakan jawatan aku. Nanti aku hantar.

_

Mr. Xxxxxx

C 8027 Kg. Semabok Dalam

Jalan Semabok Dalam

75050 Semabok

Melaka                                                                                      22 Februari 2006

______________

En. Zzzzzzz

Prinsipal ZMD Planning Consult,

1-15, Tingkat 1 Jalan PM4,

Plaza Mahkota Bandar Hilir,

75000 Melaka.

Tuan,

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI …………………..

Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan dukacitanya saya ingin meletakkan jawatan sebagai …………………. di firma tuan berkuatkuasa pada 3 April 2006.

2.         Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah memberi peluang untuk saya berkhidmat di firma tuan. Selama tempoh ini, terlalu banyak pengalaman dan pendedahan yang telah saya perolehi. Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon kemaafan sepanjang tempoh saya bertugas di firma tuan. Jasa baik dan kepercayaan tuan terhadap saya amat dihargai.

3.         Memandangkan cuti tahunan dan cuti tanpa rekod saya yang berbaki 22 hari, dengan berbesar hati saya memohon jasa baik tuan untuk meluluskan cuti saya bermula 13 Mac hingga 31 Mac 2006 (15 hari) untuk urusan perpindahan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………………

(Mr. Xxxxxxxx)

Berkumpul

Berkumpul, relaks, berehat, bercerita

Dalam satu masa dan ketika

Memang rasa bahagia

Tapi dah selesai ke tanggungjawab kita sebagai pekerja

Kekadang buat aku tertawa Macam orang gila

Entahlah terima aja la Apa orang nak kata

Yang penting hati aku bahagia

Tapi takut juga bahagia hanya di dunia

Di akhirat nanti naya

Terkinja kinja di depanNYA

Segala amal yang menjawb soalanNYA

Masa tu tak boleh  lagi berpura pura

Baru padan muka

insaflah.. berhijrahlah di tahun baru hijrah ini semoga hidup kite di berkhati olehNYA

___

Kalau ikutkan kerja tak habis sampai bila-bila

Kalau habis maknanye kita pun kena la berhenti kerja

Memang itulah adat sebagai pekerja

Kalau tak kerja nanti orang kata makan gaji buta

Nanti kalau tetiba buta dah tau ler jawapannye

Kerana dulu masa kerja selalu makan gaji buta

Atau pun tetiba macam ular sawa

Maknenya masa kerja selalu ngulo jawabnya

___

Sampai bila nak mengharap pada orang

Bila agaknya nak jadi bos tak yah keje ngan orang

Aku la kuli aku la bos jadi orang senang

Tapi tu lah bukan senang nak senang

Tapi kat kepala ni selalu berangan  nak jadi orang senang

Nak kongsi harta dengan orang tersayang

Mak ayah mesti berasa tenang

Kerana anaknya dapat membantu orang

___

Nak meniaga nak menjahit selalu jadi angan-angan

Harap-harap sebelum mati hasrat kesampaian

Boleh dok kat rumah seharian

Menjaga buah hati yang perlu penuh perhatian

___

Zaman sekarang orang sekeliling bukan boleh dipercayai

Kita beria hantar anak dan dia digaji

Bukan sikit yang diberi

Tapi anak kita tidak diperhati

Sekarang macam benda yang terjadi

Bukan senang nak cari orang gaji

Silap haribulan kita plak yang dibuli

___

Zaman semakin maju

Semuanya pantas dan laju

Kekadang rasa macam tak ada arah tuju

Tapi sampai bile, orang semua dah ke depan tak kan kiter nak tinggal lagi di zaman batu

Haru biru fikiran bercelaru

___

Idea asal : Insan tercinta

« Newer Posts - Older Posts »